AYAM BAKAR BEREMPAH & SOS PENCICAH - MENU BERBUKA (3)

Thursday, June 25, 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hari ni Ana dan kawan-kawan singgah di Econsave. Kami rasa macam nak makan ayam jer untuk berbuka nanti. Semangat nak makan tu sungguh berkobar- kobar.

Tengok jam awal lagi. Semua yang dijual dalam Econsave ni nampak sedap belaka. Jadi sebelum ada perkara tak baik berlaku... hahaha... baiklah kami beli cepat-cepat dan balik.

Memasak ni pun ikut mood jugak tau.

Hari ni rasa bahagia jer nak masak. Mungkin dah tak tension lagi sebab result sem lepas dah keluar... hehehe...

Bercerita pasal resepi ayam ni, kalau korang nak tahu... sebelum membakar, ayam kena perap dahulu. Lagi lama diperap lagi sedap rasanya kerana bahan perapan tadi akan meresap lebih lagi.




AYAM BAKAR BEREMPAH


Bahan- bahannya:

1 ekor ayam.

3 sudu besar rempah kari daging.

3 sudu besar sos tiram.

3 sudu besar sos cili.

1 sudu besar serbuk lada hitam.

1 labu bawang besar - dikisar halus.

4 ulas bawang putih - dikisar halus.

2 inci halia - dikisar halus.

2 batang serai - dikisar halus.

garam secukup rasa.




Setelah 2 jam diperap dalam peti sejuk, Ana masukkan ayam tadi ke dalam loyang untuk dibakar. Mudah sikit menggunakan loyang sebab mudah untuk alih- alihkan nanti. Jangan lupa sapukan loyang dengan sedikit margerin.




Cara Membuatnya:

Potong ayam kepada empat bahagian.

Basuh dan toskan ayam sehingga kering.

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.

Simpan dalam peti sejuk untuk proses pemerapan selama 2 jam atau lebih.

Gunakan oven, pemanggang ajaib, kuali non-stik atau apa saja... janji ayam korang masak, sedap sehingga menjilat jari.

Bakar ayam selama sejam bergantung pada alat pemanggang yang digunakan.

Bakar ayam sambil balikkan sekali sekala.

Angkat dan potong sebelum dihidangkan bersama sos pencicah.


Sos Pencicah:

20 biji cili padi.

3 ulas bawang putih.

1/2 keping gula melaka.

1 sudu gula putih.

4 sudu makan sos cili.

1 cawan air.

1 sudu makan tepung jagung.


Cara memasak:

Blender kesemua bahan.

Masak dalam periuk kecil dengan api sederhana.

Bila agak pekat, angkat dan hidang bersama ayam bakar tadi.



Selamat mencuba...

You Might Also Like

3 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe