LUNCH DENGAN SIRAP BANDUNG 3 LAYER

Tuesday, August 26, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Tengahari ni kita minum air sirap bandung 3 layer...
Yang ni beli dah siap punya...
Macam mana? Best tak??
Nampak pun tau kan, memang the best ever...
Ever...ever...
Korang just boleh tengok jer err...hihihi...
Bagi yang kat rumah tu, silalah rajin-rajinkan diri buat sendiri...
Senang jer buatnya...kalau tak tau, sila rujuk resepi di bawah wokeh...


Resepi Sirap Bandung 3 Layer

Cara membuatnya:

Sediakan gelas kaca atau plastik yang jernih dan masukkan ketul ais ke dalam gelas. Tinggi ais biar separuh dari gelas.
Tuangkan perlahan-lahan 3 Sudu air gula melaka (masak gula melaka & sedikit air hingga gula cair)
Tuangkan perlahan-lahan susu cair yang dibancuh dengan sedikit air sejuk anggaran sampai setengah gelas. (nak guna susu cair semua tanpa campur air sejuk pun boleh).
Tuangkan perlahan-lahan air sirap pekat tanpa gula. (2 sudu sirap + sedikit air sejuk).
Dah siap, nak minum, kacau jer lah bagi sebati.
Masa nak minum tu kena cakap... memang sedap wooooo...hihihi...

Sambil minum sambil dengar lagu...Rinduuuuuu...!!!

You Might Also Like

3 comments

  1. Manis tak?
    Nanti Diabetes.
    Sekarang umo 20-an dah ramai yang hidap ni. Hehe..

    ReplyDelete
  2. air cenggini for sure mmg manis2...hehe...minum tika bosan melanda...haha...
    sekali sekala jer minum puan Dr...kikiki...
    Just nak up kan sikit minuman popular kat M'sia ni...

    ReplyDelete
  3. Macam mana bancuh air gula melaka tu?

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe