DARI SUDUT PANDANGAN MATA
Saturday, August 23, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Dari sudut pandangan mata -
walaupun gelap tapi kalau bersuluh, akan terang juga jalannya.
Kita yang tentukan hidup kita. Baik kita rancang baik lah jadinya, in shaa Allah. Ujian dan dugaan itu sentiasa ada. Kita semua manusia ada baik buruk kuat lemah masing-masing tapi semua berbalik pada kita. Apa pilihan jalan yang kita nak?
Pandangan mata merupakan cermin bagi hati manusia. Bagaimana dia menjaga pandangan, begitu jugalah hatinya berkedudukan. Seterusnya keadaan hati ini yang memandu setiap amalan insan sama ada ditembusi cahaya kebaikan atau bersawang dosa dan kemaksiatan. Oleh yang demikian, mata merupakan akar untuk menjaga segala dosa dan punca mendapatkan pahala.
Pandangan mata boleh melahirkan banyak rasa. Tidak seperti pendengaran. Dengannya boleh lahir rasa cinta ataupun benci sesama manusia. Kerana itu, manusia disuruh menjaga pandangan mata untuk tidak jatuh ke lembah hina dengan terhanyut rasa cinta atau tidak membenci seseorang kerana ternampak keaibannya.
Segala peristiwa berawal dari pandangan mata,
Jilatan api bermula dari setitik bara,
berapa banyak pandangan yang membelah hati,
laksana anak panah yang melesat dari tali,
selagi manusia punya mata untuk memandang,
dia tidak lepas dari bahaya yang menghadang,
senang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hari,
tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya saat kembali.
P/S: “Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada berbagai macam anak panah Iblis.” (HR Ahmad)
*Maka dengan itu, pandanglah yang elok-elok saja yea...hehehe...
0 comments