AKTIVITI HARI MINGGU
Sunday, August 17, 2014
Kredit gambar google - kalau lah dapat pergi ke sini...
Assalamualaikum & salam sejahtera.
"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia akan menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan "
Malam tadi Ana ketiduran awal lagi. Penat tak habis. Hari ni sambung kerja kemas-kemas rumah sikit. Kalau hari bekerja memang tak merasalah nak buat semua tu...
Mood memang mood sedih harini...memang mood ke laut semua...
Lepas kemas itu ini, jemur baju pulak sambil tu masak untuk lauk nak bagi pada Atok...
Bayangkan boleh buat banyak kerja dalam satu masa, korang boleh?? huhuhu...
Sejak dua menjak ni, memang rasa tawar hati nak update memasak dalam blog...
Tak ada feel nak memasak, pastu letak gambar cantik-cantik dekat blog...
Mungkin lain kali kot sambung aktiviti tu...
On the way balik dari menghantar makanan dekat Atok, Ana singgah kejap kedai yang jual bahan-bahan untuk buat kek dan roti. Bukan ada masa kalau hari lain, jadi beli sedikit bahan yang dah kehabisan. Tepung kek, bahan penaik, gula kastor, butter dan dua tiga bahan lain. Cadang nak buat kek dan roti yang lama tak berkesempatan nak buat. Best tau kalau buat roti sendiri ni instead of beli kat bakery...Rasa dan tekstur roti tu lain.
Nak buat macam ni nanti...
Beli madu sebotol...
Jadilah beli sikit-sikit dulu, gaji pun lambat lagi ni...huhuhu...
Moh kita balik, karang tak pasal-pasal semua pulak nak diangkutnya...hehehe...
P/S: "Sesungguhnya kematian itu apabila ia datang tidak dilambatkan satu saat mahupun dicepatkan satu saat" - renung-renungkan...
0 comments