JERAWAT & CARA RAWATAN

Friday, August 15, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pagi tadi semasa bersiap-siap nak keluar, ketika sedang menempek bedak kat muka...
dengan tak disangka-sangka Ana ternampak sebiji jerawat tumbuh di atas hidung Ana...
can't believe my eyes??
auchh...patut laa lain macam saja rasanya pagi ni...huhuhu
agak-agak lah kalau nak muncul pun kan...
kat depan-depan ko...huhuhu, tak boleh teman nak cover dah ni...

Memang tak ada jerawat sebelum ni...hamboii statement (boleh caye ke...kihkih)
tapi macamana pulak tetiba boleh ada yea??
persoalan yang tiada jawapan...
barangkali teringin kot nak menumpang kat kulit licin gebus ni...
patut arr pagi tadi rasa susah nak bernafas dalam air...
tersemput-semput...hehehe...
nak jer cakap kat jerawat tu...please leave me alone...huhuhu...

Apalagi search laa kat google kot ada jalan penyelesaiannya...
amboi...macam nak selesaikan add maths pulak...
jom baca apa yang Ana jumpa...





CARA RASULULLAH S.A.W MERAWAT JERAWAT



Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,

“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:


Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata "Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi"


APA ITU MINYAK ZARIRAH

Zarirah sendiri sebenarnya adalah ubat India (berbentuk wangian) dibuat dari sari batang pokok
zarirah. Sifatnya panas dan kering, berguna bagi mengatasi radang perut, lever dan kekurangan
cecair tubuh bahkan juga dapat menguatkan jantung.
Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa dia menceritakan,
“Aku menyapu minyak wangi kepada Rasulullah, sementara aku memegang minyak wangi
zarirah, iaitu pada Hajjatul Wada’ untuk melakukan tahallul dan ihram”

Jerawat atau dalam bahasa Arabnya batsrah adalah sejenis benjolan kecil terdiri daripada zat
panas dan tumbuh secara semulajadi atau alamiah. Biasanya menghinggapi suatu bahagian
tubuh, ia perlu ditunggu agar agak matang, baru dipecahkan untuk dikeluarkan isinya.
Zarirah
pula mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu. Ia dapat mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat, selain juga memberikan bau wangi. Ubat ini dapat mendinginkanpanas jerawat. Oleh sebab itu penulis al-Qanun (Zad al-Ma’ad ms 100) ada menyatakan,
“Tidak ada ubat yang saya rasa lebih baik untuk meredam panas daripada zarirah yang
dicampur dengan air mawar dan cuka”

*agak-agak kalau tanye kat aci kedai runcit tu tau ke dia ape tu Zarirah err?
jangan dia jawap...adeii..apa itu Zarirah sudah...huhuhu


INFO: JERAWAT

Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita.

Jerawat (Acne Vulgaris), iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.


PETUA HILANGKAN JERAWAT

Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-

Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Google & Bahan Bacaan. Artikel di atas dipetik daripada At-Tibbun Nabawi karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah(Terjemahan Abu Mazaya Al Hafiz “Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w” terbitan Al-Hidayah)
Rahsia Perubatan & Kesihatan Minyak Wangi

You Might Also Like

1 comments


  1. Kisah yang menarik. Bagi mencegah pembentukan jerawat, kita digalakkan untuk kerap mencuci muka dengan sabun pencuci muka yang berkualiti, kurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari terik, sentiasa melakukan senaman rutin dan amalkan diet yang mengandungi sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe