BUAH TIN & BUAH ZAITUN - INFO
Sunday, August 10, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Kalau korang nak tahu...buah Tin ( buah Ara ) ni memang sangat sedap dimakan.
Oleh kerana susah nak dapat buah Tin yang mentah...
jadi Ana cuma dapat beli yang telah dikeringkan aje...
Berikut di bawah ada serba-sedikit penerangan tentang buah Tin ni.
BUAH TIN
buah Tin mentah & yang telah dikeringkan
Allah SWT Bersumpah atas nama Diri-NYA, Bersumpah demi Zat dan Sifat-sifat NYA, dan Bersumpah juga demi makhluk-makhluk NYA menunjukkan Keagungan dan Kekuasaan-NYA. Di antara makhluk-makhluk yang disumpahkan oleh Allah adalah buah tin (demi buah tin dan zaitun), ayat pertama dari surah At-Tin. Buah tin yang disumpahkan ini terdapat pada salah surah Al-Quran dengan nama buah itu sendiri, tergolong tumbuhan jenis (Ficus) dari keluarga (Moraceae) yang menurut ahli botani jenisnya mencapai sekitar 700-an tersebar dipenjuru dunia.
BUAH ZAITUN
Rasulullah juga bersabda yang berbunyi: "Gunakanlah minyak Zaitun
untuk masak makanan, berminyaklah dengannya untuk rambut, badan dan
seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang
berkat. "
Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Info selanjutnya di SINI.
P/S: Sekarang ni pun Ana tengah makan buah Tin kering...orang bagi.
6 comments
asslmkm.. buah tin ni sangatlah sedap.. memang cari. tp nak lagi sedap dapat dari tanah arab sendiri.
ReplyDeletemmg kan kalau sesapa balik dari Mekah selalunya bawa balik buah ni selain kurma & kismis... :)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian, tapi mama tak makan buah ni..
ReplyDeletesama-sama...kena cuba dulu...hehehe
ReplyDeletesusah nak dapat buah tin dan zaitun ni.. tu kalau orang gi mekah nak kirim banyak2.. :) elok kan buah macam ni.. saya suka carik tuk bagi anak makan..
ReplyDeletememang elok kanak-kanak makan terutamanya kismis...Ana masih amalkan makan kismis 7 biji sehari (ikut petua ustaz)..walaupun dah besar...
ReplyDelete