JOM BERPUISI

Tuesday, August 26, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Malam semalam dan malam ni memang tak tahu apa yang terjadi sebenarnya...
sekarang dah hampir pagi tapi mata masih lagi segar..segar embun pagi...
nak buat macam mana yea nak bagi mengantuk...

Semalam pun sama juga...
Hari ni pun lagi teruk jadinya...
Jom baca puisi ni sebelum korang tidur yea...
Pastu baca doa tidur okey...



Mulalah rintih berbutir di kaca hati kita
apabila harapan yang disandarkan kepada yang dicinta
tergantung antara realiti atau fantasi semata
dan didiamkan sekian lama
lakunya seperti air dicurah ke daun keladi
tak memberikan apa-apa erti atau cuba dimengerti

hati berbisik melempar seribu keluh
tak henti berteka-teki dengan sendiri
soal jawab pun tak mahu pernah berhenti
hantukah dia, batukah dia
tak punya rasa?

Kenapa hati tak seteguh karang
meski garam yang merendam dan menambah luka
tak pernah surut mengenanginya
ia masih jitu berdiri di dasar laut yang masin

aku doa semoga hati ini seteguh karang sekeras kerikil
biar ia teguh meski kata rayu yang membujuk dari bibirnya
biar ia keras untuk kulemparkan kepada empunya bicara manis
biar darah tersembur dari hatinya mengalir dari lopak bibir bertebu itu.






You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe