KELEBIHAN SOLAT DHUHA & PENGIRAAN WAKTU

Friday, December 13, 2013

Assalamualaikum...salam pagi Jumaat. Tentu ramai yang sudah tahu atau lebih arif lagi berkenaan dgn solat Dhuha ni kan..Ana cuma ingin berkongsi bagi yang tak pasti waktu2 & cara pengiraannya.. Semoga bermanfaat!!

Kelebihan Solat Dhuha


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.


Sebenarnya waktu Solat Sunat Dhuha boleh selisih (berbeza) sehingga 30 minit dalam sesuatu tahun itu dan waktunya juga berbeza sehingga 1 jam di antara Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Jadi jadual waktu solat ini ini bolehlah di rujuk berdasarkan Waktu Syurukpada Takwim Solat di kawasan masing-masing.


Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak adalah bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.

Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk.

Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak

.


Waktu Kuala Lumpur

.
Contoh 1 :

Jadual Waktu Solat di Kuala Lumpur pada 12 Disembar 2012 :

Waktu Syuruk = 07:10 pagi

Waktu Subuh = 05:48 pagi.

.

Waktu Dhuha di Kuala Lumpur pada hari dinyatakan ialah :

Waktu Syuruk ( 07:10 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (07:10 pagi – 05:48 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)

= 07:10 pagi + 1/3 (82 Minit)

= 07:10 pagi + 27 minit

= 07:37 pagi.

Waktu Dhuha Kuala Lumpur ~ Bermula dari pukul 07:39 pagi.

.
Contoh 2 :

Jadual Waktu Solat di Langkawi pada 12 Disembar 2012 :

Waktu Syuruk = 07:21 pagi

Waktu Subuh = 06:00 pagi.


Waktu Pulau Langkawi

Waktu Dhuha di Langkawi pada hari dinyatakan ialah :

Waktu Syuruk ( 07:21 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (07:21 pagi – 06:00 pagi = 1 jam 21 Minit @ 81 minit)

= 07:21 pagi + 1/3 (81 Minit)

= 07:21 pagi + 27 minit

= 07:48 pagi.

Waktu Dhuha Langkawi ~ Bermula dari pukul 07:48 pagi..

.
Contoh 3 :

Jadual Waktu Solat di Kota Kinabalu, Sabah (Zon 7) pada 12 Disembar 2012 :

Waktu Syuruk = 06:15 pagi

Waktu Subuh = 04:53 pagi.


Waktu Kota Kinabalu

Waktu Dhuha di Kota Kinabalu, Sabah pada hari dinyatakan ialah :

Waktu Syuruk ( 06:15 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (06:15 pagi – 04:53 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)

= 06:15 pagi + 1/3 (82 Minit)

= 06:15 pagi + 27 minit

= 06:42 pagi.

Waktu Dhuha Kota Kinabalu ~ Bermula dari pukul 06:42 pagi.
.

Waktu Afdal Dan Akhir Dhuha

.
Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuhasehingga masuk waktu Zuhur. Dan waktu tamat atau berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.
.

Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, “Nabi Muhammad ﷺ keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda ﷺ bersabda :

“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Sumber: Waktu Dhuha

You Might Also Like

5 comments

  1. Sila semak!!
    07:10 pagi + 27 minit
    = 07:39 pagi ?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..sbgai bahan rujukan dunia utk bekalan di akhirat..tq

    ReplyDelete
  3. info yang sangat berguna. jemput singgah http://naurahealthycare.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Terima kasih.
    Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan kerja kita.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe