APA YANG PALING DEKAT DI DUNIA INI ..?

Friday, December 20, 2013


Bismillahirrahmanirrahim ..Salam JUMAAT Salam Penghulu Segala Hari.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNYA..

Suatu masa Imam Ghozali pernah berdialog dengan murid-muridnya seperti di bawah ini :

Imam Ghozali : “Menurut anda, apa yang PALING DEKAT di dunia ini?”

Murid-murid : “Ayah, ibu, jiran tetangga, dan sebagainya.”

Imam Ghozali : “Bukan. Yang paling dekat adalah KEMATIAN. Hinggakan dekatnya tiba-tiba ia sudah sampai di hujung tenggorokan kita (sakaratul maut), dan tinggallah penyesalan di hari kiamat yang tiada berguna. “

Imam Ghozali : “Lalu, apakah yang PALING JAUH?”

Murid-murid : “Matahari, bulan, bintang, dan lain-lain.”

Imam Ghozali : “Bukan. Yang paling jauh adalah MASA LALU kita. Hinggakan jauhnya, takkan mungkin kita kembali padanya. Jangankan masa 30 tahun lalu, sedetik waktu yang baru saja berlalu pun takkan boleh kita hampiri lagi. Dan hinggakan jauhnya, sehebat apapun tekhnologi yang kita miliki dia takkan mampu menghantarkan kita ke masa lalu.”

Imam Ghozali : “Apa yang PALING BERAT di atas bumi ini?”

Murid-murid : “Batu, gunung, besi, dan lain-lain”

Imam Ghozali : “Bukan. Yang paling berat adalah AMANAH yang ALLAH BERIKAN kepada kita, iaitu ANAK-ANAK. Saat kita meninggal nanti, tak ada yang kita bawa kecuali 3 (tiga) hal iaitu :
- Ilmu yang bermanfaat
- Amal jariyah
- ANAK YANG SOLEH, yang senantiasa mendoakan orangtuanya dan siapa yang tidak berdoa dalam sehari sekali saja untuk kedua orangtuanya, maka terputuslah rahmat Allah baginya. Doa orangtua termasuk salah satu doa yang mustajab, yang pasti dikabulkan oleh Allah, kerana tidak ada Hijab antaranya dengan Allah SWT.

Tiga doa yang pasti dikabulkan oleh Allah :
-Doa seorang musafir dalam perjalanan
- Doa seseorang yang dizalimi, meskipun ia seorang yang kafir
- DOA ORANG TUA kepada anaknya. Untuk itu wahai orangtua, BERHATI-HATILAH BERUCAP KEPADA ANAK KITA, kerana boleh jadi ucapan kita akan DIIJABAH sebagai Doa.

Imam Ghozali : “Lalu, apa yang PALING RINGAN di muka bumi ini?”

Murid-murid : “Pasir, kapas, dan lain-lain.”

Imam Ghozali : “Bukan. Yang paling ringan adalah MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU dan itu adalah DOSA PALING BESAR.

Kita sering lebih takut kepada urusaN DUNIAWI daripada terlambat mengerjakan SOLAT TEPAT PADA WAKTUNYA. SUBHANALLAH ...

Dan setiap kali itu jua...airmataku menitis di pusaramu!!

``Ya Allah, ampunilah akan dia, kasihanilah dia dan anugerahkanlah kesejahteraan baginya. Muliakan tempatnya dan lapangkan tempat bersemadinya. Mandikan dia dengan air salji juga air dingin. Bersihkanlah dia daripada kesalahan-kesalahan seumpama Engkau bersihkan kain putih daripada kotoran.
``Gantikanlah baginya tempat tinggal yang lebih baik daripada rumahnya dan keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya dan masukkanlah akan dia ke dalam syurga, serta lindungilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.''

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe