DOA DAN TIPS KETIKA MENGHADIRI TEMUDUGA

Monday, December 30, 2013




Assalamualaikum...Hari ni Ana akan  berkongsi sedikit tips2 untuk temuduga yang pasti akan dilalui oleh setiap orang. Diharapkan dapat memberi panduan yang berguna untuk korang semua....





Setiap orang pasti memiliki cita-cita dan impian tersendiri. Namun pelbagai halangan dan rintangan yang harus dilalui terlebih dahulu untuk mencapai impian tersebut. Ada sesetengah orang mendapat keputusan akademik yang sangat baik tapi sangat susah mendapat peluang pekerjaan kerana gagal dalam temuduga.

Jadi di sini ada beberapa tips berkesan untuk menghadiri temuduga secara general. Tak kira apa jua position / jawatan yang anda ingin pohon, anda boleh cuba amalkan tips ini. Jangan lupa disertakan doa.

Tips Menghadiri Temuduga

1. Menepati Masa

Pastikan anda menepati masa. Sebagai contoh masa temuduga anda pada pukul 10.30 pagi. Pastikan anda telah bersedia di tempat temuduga setengah jam awal. Buat persediaan awalsebelum keluar rumah seperti ambil kira keadaan lalu lintas, apakah kawasan perjalanan anda sesak dan sebagainya, menyisir rambut dengan kemas dan jangan lupa isi minyak motor atau kereta anda. Jangan jadikan kelewatan dan gagal merancang masa dengan baik, anda berputih mata.
* Sebaiknya untuk Muslimah, bertudung dengan kemas dan selesa.

2. Berpakaian kemas dan Sesuai

Pakaian juga diambil kira dalam sesuatu sesi temuduga. Jika anda berpakaian selekeh dan kurang sesuai, kemungkinan tawaran tersebut akan dibatalkan ataupun diberi kepada calon lain yang lebih sesuai. Jika boleh, tanyakan dahulu kepada bahagian human resources tempat anda ditawarkan bekerja terhadap pakaian yang sesuai untuk jawatan tersebut.

3. Amalkan kesederhanaan

Orang kata sederhana adalah sempurna! Faham maksudnya?! Okey, sederhana maksudnya tidak berlebih-lebih dan tampilkan diri sendiri ikut keselesaan anda.

Contohnya:

Gunakan solekan yang minimum
Pemakaian minyak wangi yang sesuai
Gaya rambut yang tidak terlalu moden ataupun terlalu konservatif
Bertudung dengan kemas bagi Muslimah
Elakkan isyarat tangan yang keterlaluan ataupun bercerita macam kita sedang berborak dengan kawan-kawan
Bercakap dengan jelas dan bahasa mudah


4. Membina hubungan dan berkeyakinan

Sewaktu duduk berhadapan dengan penemuduga, pastikan anda duduk dengan yakin dan wajah yang manis. Kita mahu memohon kerja, mestilah kena buat baik, takkan tunjukkan muka sombong walaupun kita memiliki Ph.D sekalipun. rendah diri itu lebih baik dalam situasi begini.
Pastikan belakang anda lurus dan kaki tersusun.
Sesekali bertanyakan soalan. Jangan hanya tunduk dan mengangguk. Wujudkan perbincangan dua hala yang santai.
Dengar dengan teliti, bercakap dengan jelas dan tidak menyampuk.
Berdiplomatik. Jangan bercakap perkara-perkara negatif tentang pekerjaan yang anda mohon.

5. Berfikiran positif.

Selepas sesi temuduga, pastikan anda tidak menjadi seorang yang mendesak. Jangan sesekali bertanya kepada syarikat tersebut samada permohonan anda berjaya atau sebaliknya. Tunggu dengan sabar, jika anda yakin dengan sesi temuduga tersebut, In Shaa Allah pekerjaan itu milik anda. Jika gagal, anggaplah ia bukan rezeki anda. Cuba lagi lain kali tetapi dengan pengalaman yang ada, anda pasti boleh buat!!

Doa Ketika Menghadiri Temuduga


Semua orang akan alami perasaan gugup, cuak, sakit perut, kejap-kejap masuk tandas dan macam-macam lagi. Ana pun sama jugak. Memang, kalau nak temuduga, macam-macam perasaan ada, tak kira la macam mana kita bersedia.

1. Sebelum masuk temuduga, semasa tunggu nama anda dipanggil masuk, bacalah al-Fatihah.

2. Baca ayatul Qursi

3. Baca Ayat 1000 Dinar




4. Akhir sekali Zikir ‘Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir’

Semoga bermanfaat.


Sumber: Tips Menghadiri Temuduga Atau Interview Terbaik. 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe