DI PELANGI ADA RINDU DAN CINTA

Thursday, December 12, 2013


Assalamualaikum...haha.. Korang tau apa makna Rindu? Apa makna Cinta? Ana yakin dan pasti semua orang ada jawapan masing2. Semua orang dengan yakin boleh menjawabnya... Kalau ditanya pada budak sekolah rendah pun dia orang akan jawab macam2.

Di sini Ana ingin cerita pada korang perihal apa itu rindu dan cinta. Korang tau apa makna rindu? Apa definisi cinta? Okey jom kita baca dan kupaskan satu persatu...

RINDU




Rindu pada pendapat Ana adalah datang setelah terbitnya perasaan cinta. Wah! da macam matahari plak kan..terbit2 bagai...haha. Korang jangan tanya Ana kalau Ana pernah rasa rindu...heheh, rahsia ni...

Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.

Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan memberi sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.


CINTA



Definisikan cinta sangatlah sulit jika dijelaskan dengan kata-kata. Mungkin definisi cinta hanya dapat kita rasakan. Cinta adalah anugerah terindah yang diberikan oleh Tuhan yang harus kita jaga sebaik mungkin agar tercipta sebuah cinta yang tulus dan suci.

 Ibnul Qayyim pun juga pernah mengatakan bahwa :
“Cinta tidak bisa didefinisikan dengan jelas, bahkan bila didefinisikan tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambah kabur dan tidak jelas, (berarti) definisinya adalah adanya cinta itu sendiri”.

Pada hakikatnya, Cinta itu adalah sebuah amalan hati yang akan terwujud dalam (amalan) lahiriah. Apabila cinta tersebut sesuai dengan apa yang diredhai Allah SWT, maka ia akan menjadi ibadah. Dan apabila sebaliknya, jika cinta itu tidak sesuai dengan redha Allah SWT maka akan menjadi perbuatan maksiat (seperti yang terjadi pada zaman sekarang ini). Berarti jelas bahawa cinta adalah ibadah hati yang bila keliru menempatkannya akan menjatuhkan kita ke dalam sesuatu yang dimurkai Allah iaitu kesyirikan.
Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada Agama, cinta kepada aqidah, juga cinta kepada sesama makhluk. Sebagaimana Allah menjadikan perasaan cinta antara suami isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaan-Nya.

 Firman Allah SWT:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (QS. Ar-Ruum: 21)”.

Cinta yang diperbincangkan pula adalah cinta sesama makhluk. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam asas penyatuan kehidupan manusia. Segala kehidupan bermula dengan cinta. Kuasa cinta cukup hebat dan aneh sekali. Apabila seseorang itu dikuasai dengan cinta, hati yang kejam dan tidak berperikemanusiaan boleh berubah menjadi hati yang lembut, penyayang, dan harmoni. Tidak dapat kita nafikan bahawa cinta amat mempengaruhi segenap aspek dalam kehidupan manusia.

Banyak perbincangan dan perdebatan mengenai perhubungan antara remaja lelaki dan perempuan (belum berkahwin) yang didasari oleh perasaan cinta diketengahkan di media massa masa kini mahupun menjadi topik hangat perbualan di mana-mana. Maklumat lanjut klik DI SINI.
Filem yang bertemakan cinta remaja juga semakin menjadi-jadi di Malaysia kini. Sedar atau tidak filem sebegini juga mampu mempengaruhi gaya hidup remaja kini kerana filem tersebut begitu menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang akhirnya menjunamkan remaja ke lembah yang paling hina.

Kesimpulannya memang benar cinta remaja kini lebih banyak mendatangkan bala daripada pahala. Walaupun ada yang mengatakan mereka adalah ‘islamic copule’ terutama di kalangan pelajar aliran agama di IPTS mahupun di IPTA. Mereka menghalalkan budaya couple dengan istilah-istilah yang menjurus kepada keislaman. Istilah ‘islamic couple’ sebenarnya hanya kulit semata-mata kerana isinya adalah lebih kurang sama dengan pasangan bercinta yang lain seperti mana yang berlaku kini, kerana keluar berdua-duaan dan sering bertelefon merupakan agenda utama mereka. Apapun istilah yang digunakan sebenarnya budaya ‘bercouple’ pada hari ini sudah jauh dari landasan Islam. Justeru untuk menangani masalah cinta tanpa batasan yang semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat remaja kini, semua pihak dan pemerintahan negara perlu diperkasakan dengan agama. Pokok pangkalnya, kesemua pihak wajib ‘pulang’ semula kepada ajaran agama Islam yang sebenarnya, semoga akan lahirlah remaja yang mulia akhlaknya dan bebas daripada kesemua perkara yang menghancurkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Hahaha...penatkan membaca perihal rindu & cinta ni. Apa pun terpulanglah pada penilaian masing2...Tepuk dada tanya Iman...




Segalanya adalah pinjaman daripada Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Jika sudah tiba masanya kenikmatan itu ditarik semula maka redha dan bersangka baiklah terhadap Allah S.W.T.~~~ Disebalik kepahitan itu pasti akan ada kemanisannya…







You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe