TAUHU MASAK SOS MASAM MANIS

Monday, December 02, 2013

Agak lama jugak Ana tak update tentang masak memasak ni. Hari ni jom kita masuk dapur dan mula masak.
Menu hari ni sangat simple memandangkan hari hujan & malas nak keluar...so, kita masak apa yang ada jer yer...

Tauhu Masak Sos Masam Manis
Resepi :  Ana Solehah DI




Bahan-bahan:
5 ketul tauhu lembut - dibasuh, dipotong 2 & digoreng setengah masak
1 mangkuk kecil cili kisar
1 labu bawang kuning - dipotong bulat 
3 sb sos cili 
2 sb sos tomato 
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Bahan2 Kisar:
4 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 

Cara2 Menyediakan: 
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar berserta cili kisar sehingga wangi & terbit minyak. 
2. Masukkan sos cili, sos tomato, air, garam & gula secukup rasa.
3. Biarkan seketika & biarkan secukup rasa. Kemudian masukkan tauhu yang telah digoreng serta hirisan bawang besar. Kacau sebati dan tunggu  sehingga bawang sedikit layu & bolehlah dihidangkan.

Hiasan:
Daun bawang.



Jom layan lagu ni sambil masak....

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe