KEK CARROT

Tuesday, July 16, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.


KEK CARROT


 


Bahan-bahannya:


1 ½ cawan gula kastor

1 cawan minyak sayuran

3 biji telur besar

1 ½ sudu teh vanila

2 cawan tepung serba guna

1 sudu teh baking soda

½ sudu kecil garam

1 ½ sudu teh serbuk kayu manis

¼ sudu teh serbuk buah pala

3 cawan lobak merah dicincang

½ cawan kacang cincang


* Panaskan oven kepada 350C.


Cara Membuatnya:


Griskan dua acuan roti kecil dengan minyak dan kemudian taburkan tepung. Ketepikan.

Campurkan gula, telur, minyak dan esen vanila di dalam mangkuk besar sehingga sebati.

Campurkan tepung, baking soda dan garam di dalam mangkuk kecil.

Masukkan bahan-bahan kering ke dalam bahan-bahan basah sehingga sebati.

Tambah lobak merah cincang dan kacang cincang.

Kacau sehingga rata.

Tuangkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180C selama 40 hingga 45 minit. Setiap oven akan berbeza-beza. Laraskan masa membakar ketuhar anda. Periksa selepas kira-kira 35 minit. Jika kek itu masih basah dan melekit, bakar lagi selama 5 hingga 10 minit.

Oven saya mengambil masa selama 45 minit. Periksa di tengah-tengah kek untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya.

Sejukkan kek sebelum dipotong.


* Bancuhan boleh dapat dua ketul.



Disediakan oleh Ana Solehah

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe