AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP

Friday, July 26, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hari ni kita masak resepi yang mudah dan senang sebab kita tak der mood….ngee….inilah dia resepinye….


Ayam Goreng BEREMPAH Rangup


Bahan-Bahan:


Ketulan ayam.

1 cawan tepung gandum.

½ cawan tepung jagung.

1 sudu kecil serbuk lada hitam.

1 sudu kecil serbuk rempah.

1 sudu kecil garam.

2 biji telur - pukul sikit.

Sedikit garam.


Cara Memasak:


Campurkan tepung, tepung jagung, serbuk rempah dan serbuk lada hitam.

Kemudian digaul-gaulkan rata.

Pukul 2 biji telur ayam. Campurkan garam.

Rendamkan ketulan ayam ke dalam telur tadi.

Angkat ayam dan kemudian digolek-golekkan ke dalam tepung.

Goreng ayam dengan minyak yang banyak.


TIP UNTUK AYAM GORENG BERSALUT ROTI/ BREAD CRUMB.


1. Sekiranya ingin goreng ketulan ayam disaluti serbuk Roti (bread crumb) tentukan ketulan ayam anda terlebih dulu perlu direndamkan dalam adunan telur yang telah dikacau.

2. Semasa penyalutan bread crumb, isikan bread crumb ke dalam beg plastik. Masukkan bread crumb dalam beg plastik kemudian masukan ketulan ayam anda ingin menyaluti.

3. Untuk mendapatkan hasil gorengan ayam goreng bread crumb terbaik, ketulan ayam yang diselaput itu perlu di dimasukan dalam peti sejuk bahagian pembekuan tanpa dibungkus selama 30 hingga 60 minit sebelum digoreng.




Ini tepung goreng segera ~ boleh juga digunakan.



Disediakan oleh Ana Solehah ~ 26 Julai 2013, 5:56pm.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe