BISKUT MAKMUR

Wednesday, July 31, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Resepi kali ini ialah biskut makmur, biskut kesukaan saya….Cara membuatnya senang saja….Jomm kita mencuba dan lihat hasilnya ….





BISKUT MAKMUR



Bahan Doh:


500 gm tepung gandung (goreng tanpa minyak)

80 gm gula halus

minyak sapi dicairkan (ikut lembut boleh kepal)



Bahan Inti:


300 gm kacang tanah

70 gm gula halus
*(saya guna susu pekat manis untuk menggantikan gula)

Gula icing [untuk salut kuih]



Cara Membuat:


1. Gaulkan semua bahan doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.

2. Kacang tanah digoreng tanpa minyak sehingga garing (buang kulit).

2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.

3. Ambil doh dan leperkan.

4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.

5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 minit (sehingga nampak masak)

6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.

7. Simpan dalam balang kedap udara.




Selamat mencuba resepi ini….




Disediakan oleh Ana Solehah ~ 29 Julai 2013, 10:00am.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe