Assalamualaikum & salam sejahtera.
Resepi ini disumbangkan oleh sahabat
saya dari Sabah….Terima kasih Bah….hehehe
BISKUT BATANG BURUK SABAH
Bahan-Bahan ( satu bekas sederhana ):
Satu pek kecil kulit popiah.
1/2 kilo kacang hijau tanpa kulit.
Gula ising (ikut suka manis).
Susu tepung,
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng).
Cara Membuat:
1. Potong kulit popiah, ikut suka kalau nak panjang boleh nak pendek pun boleh. gulung dan gam bahagian hujung guna telur supaya tak terbuka bila digoreng.
2. Kacang hijau digoreng tanpa minyak dengan api kecil. Agak2 dah masak angkat dan sejukan. Bila sudah sejuk kisar sehingga halus dan ayak supaya tidak kasar. Kemudian gaulkan dengan gula ising dan susu tepung tadi sehingga sebati.
3. Goreng kulit popiah sehingga kekuningan dan toskan. Angkat dan gaul ke dalam bahan-bahan kisar tadi sehingga kulit popiah itu bersalut penuh.
4. Simpan ke dalam balang kedap udara supaya batang buruk kekal rangup.
Selamat Mencuba....
Disediakan oleh Ana Solehah ~ 29 Julai 2013, 9:00pm.