SELAMAT MALAM
Friday, September 26, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Teratak sepimu kian roboh
Engkau mengintai gemuruh guruh
Angkara angin ribut membadai
Mimpimu layu patah terkulai
Berserah
Berselawat
Memuji Tuhan pencipta alam
Pada takdir yang telah ditentukan
Berserah padamu lebih lena tidurku
Engkau yang memberi
Engkau juga tempat kembalikan
Segala yang engkau telah berikan
Tiada yang kekal melainkan Engkau
Setiap detik yang ada adalah ujianMU
Dalam mengenal diri dan milik yang sebenar
Kerana diri ini adalah milikMu......
0 comments