Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !
Thursday, September 11, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Pepagi ni sewaktu Ana buka blog, ternampak rakan-rakan blogger berebut-rebut menyertai segmen ni...jadi Ana pun turut sama. Honestly, Ana memang tak berapa mengenali bro Ben Ashaari ini tapi Ana tau bro ni memang glem abis...
Latar belakang blog Nenektanjung...hahaha...
Blog yang baru setahun jagung usianya. Detail semua ada di blog.
Pada Ana, Ana tak kisah apa penilaian orang terhadap blog ini sebab Ana rasa bebas bila mula menulis kat blog ni. Alaa...nak cakap lebih-lebih pun takut orang muntah hijau lak kang...
Kat blog Ana ni macam-macam ada. Dari cerita memasak sampailah ke aktiviti harian...semua ada, asal korang jangan boring sudah...Pada asalnya penubuhan blog ni berkisar pada resepi masakan...pastu dah melarat ke macam-macam ade...
Kelebihan blog Nenektanjung...
Tak ada kelebihan pun, biasa-biasa saja. Ibarat kata orang...banyak makanan kat dunia ni, tinggal lagi pilih ikut selera masing-masing. Macam tu jugak la dunia blog ni, kalau suka dipersilakan baca, kalau tidak suka...faham-fahamlah yea...hehehe...
Kalau nak kata resepi...banyak lagi chef yang hebat-hebat, yea tak??
Tak kisahlah, janji bila menulis sesuatu tu kena ikhlas...lagi pun keikhlasan & kelebihan kita tu bukan kita yang menilainya...
Blog ni nama jer blog personal, tapi tak semua yang ditulis about my personal life.
Personal is private okey...ada sesetengah perkara kena dirahsiakan untuk keselesaan.
Impian sebagai blogger...
Tak banyak. Just simple blogger, menjalani hari-hari dengan tabah. Life must go on. Tak tahu juga sampai bila blog ni boleh bertahan. Harap-harap biar lah lama sikit...hahaha...
Mungkin juga akan dikembangkan ke arah bisnes suatu hari ini...hahaha...berangan lagi kan.
P/S: Carilah kebenaran bukan kemenangan kerana setiap yang benar pasti akan menang TETAPI setiap kemenangan belum pasti benar.
Terimalah hakikat di dunia ini tiada yang kekal abadi.
4 comments
Salam Kenal!
ReplyDeleteSelamat Berblogging !!
salam kenal! =)
ReplyDeleteterima kasih semua sudi singgah sini...
ReplyDeleteHai, Ros singgah sini dari segmen yang sama.
ReplyDeletehttp://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html