PERATURAN BARU LAMPU KERETA JPJ - MULAI 1 0KTOBER 2014
Thursday, September 11, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Terbaca berita baru pagi ini dari sumber facebook. Ana rasa penting untuk disebarkan maklumat ini supaya kita semua tahu apa yang perlu kita lakukan. Jom kita check kereta kita yea dan lakukan sesuatu...
PERHATIAN!! Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ Mulai 1 Oktober 2014
Info Latest by Azhar Halim
Peraturan baru lampu kereta oleh JPJ mulai 1 Oktober 2014. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Keputusan itu dibuat selepas mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.
Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ
Pemasangan lampu HID secara retrofit.
Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
Tarikh Berkuatkuasa: Mulai 1 Oktober 2014
Kadar Kompaun Saman: Maksimum RM300 bagi setiap kesalahan
P/S: Masih ada masa lagi kan...hahaha...
Sumber: EJEN INFO
Sumber: EJEN INFO
2 comments
lampu ni ok lagi.. ni jenis lampu putih terang benderang tu..silau betul mata.. puufftt..
ReplyDeleteterutama bila tang selekoh tu kan...bahaye betul
ReplyDelete