PUISI HUJAN DAN SECANGKIR KOPI HITAM

Saturday, September 27, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hai awak..awak..awak..& awak semua. Di tempat korang hujan tak sekarang ni...
Di tempat Ana ni hujan tersangatlah lebatnya sehingga terasa sejuk sampai ke tulang...huhuhu..
Sambil termenung di petang Sabtu ni, Ana tuliskan puisi hujan bersama secangkir kopi.
Sila hayati yea...




Petang ini ketika mata hampir lena..
Ku terbau aroma secangkir kopi pekat hitam..
Di bawa oleh derasnya hujan..
Di luar jendela ku menunggu hujan reda..

Aku terkenang kisah kita..
Yang entah bila bermula tanpa kusedari..
Secawan kopi dingin dalam penantian..
Dalam hening redup petang..

Mataku menatap kosong ke dinding kamar..
Kemudian beralih ke meja menatap sekeping potret hati..
Setelah itu kuhirup wangian mu lagi..
Takkan ku beralih lagi dari sini..

Ke marilah kau temani ku disini..
Suaraku memanggil-manggil, adakah kau dengar..
Antara kau, aku, hujan dan secangkir kopi..
Bisa mengerti mengapa aku tetap setia di sini..




Nukilan Ana Solehah DI

You Might Also Like

1 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe