SUP DAGING EKSPRES

Saturday, June 28, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Awal pagi tadi, lebih kurang pukul tujuh lebih, Ana dah pergi ke pasar dengan my mama.
Al kisahnya, ramai betul orang yang rajin ke pasar hari ni. Sampai nak parking pun susah. Selalunya tak adalah sampai macam ni. Dah tu ada pulak lori kelapa punggah kelapa dia kat tepi pasar tu...apalagi bertambah sesaklah jalan. Tunggu punya tunggu...baru lah bergerak.

Lepas tu beli lah daging, ayam dan segala macam barang-barang sampai dah tak muat tangan nak pegang.
Aishh!! udah-udah lah tu mama pun, bukan nya pasar tu nak tutup terus esok. Esokkan masih boleh beli lagi...Haisshh...
Begitu lah orang perempuan kalau dah start membeli-belah, kat pasar pun jadi. Nasib lah lepas tu terus balik.
Yang adik pulak time cenggini lah beria nak makan nasi lemak ayam bagai. Hari ni dalam sejarah...nasi lemak sold-out. Hai! macam pesta makan-makan kat luar, ramai betul yang makan kat kedai sambil beli barang dapur. Sabar jer lah...

Sekembalinya dari pasar, teruslah memulakan aktiviti mengemas barang-barang yang dibeli tadi. Tolong mama basuh ayam, basuh daging dan seangkatan dengannya. Dah siap semua...proses memasakpun bermula.

Today menu...Sup Daging Ekspres!!

Bahan-bahan rebusan:

1 kilo daging - potong 6 bahagian - dicuci bersih
1 labu bawang kuning - dipotong gelang
2 inci halia diketuk
5 ulas bawang putih diketuk
2 bungkus perencah sup tulang

Sebab apa nama dia sup daging ekpress?? Haa...sebab proses memasak yang sekejap aje.
Masukkan kesemua bahan dalam pressure cooker...pastu dimasak lebih kurang setengah jam sahaja.
Cepatkann...maklumlah dah penat kan...

Contoh perencah sup tulang

Nak buka pressure cooker ni kena pastikan dia sejuk sedikit, jangan buka waktu tengah panas...


Bahan tumis:

5 ulas bawang kecil dihiris
Bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga

Di kuali yang berasingan, panaskan sedikit minyak...tumiskan hirisan bawang kecil, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga bawang bertukar kuning keemasan. Ketepikan.



Selepas lebih kurang 20 minit daging direbus dalam pressure cooker, keluarkan daging dan dipotong seperti dalam gambar.  Lepas tu masukkan semula ke dalam periuk. Masukkan bersama bahan tumis tadi. Jangan lupa masukkan 1 sudu lada hitam biji (kalau nak lagi pedas, boleh tambah lada hitam...kalau sakit perut korang tanggung sendiri err). Just baling jer kat dalam tu...
Selepas itu, masukkan pulak kentang, garam secukupnya dan 3 sudu makan sos tiram. Yang ni optional (sos tiram), taknak letak pun tak apa. Masak lagi lebih kurang sepuluh minit. Angkat dan taburkan dengan potongan daun sup & daun bawang.

Bahan optional:

1 sudu lada hitam biji
3 sudu makan sos tiram
3 biji kentang dipotong

Ni lah daging yang telah dipotong, separuh sudah dimasukkan semula ke dalam periuk.

Air asam yang dimakan bersama sup daging.

Sebelum makan, jangan lupa taburkan ini yea...

Tadaa...dah siap pun, jimat masa....hanya 30 minit diperlukan.


P/S: Sebaik-baiknya solat dulu sebelum makan...nanti dah kenyang mengantuk pula.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe