APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN SAAT MENGANTUK KETIKA BERPUASA

Monday, June 30, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah ... Hari ini puasa Ramadhan sudah masuk hari yang kedua. 
Sesetengah orang sedang mengantuk sekarang ini? Apakah anda juga sedang mengantuk?? Jika ya, maka kita perlu melakukan sesuatu agar tidak mengganggu urusan seharian kita.




Mengantuk saat kita menjalankan ibadah puasa merupakan hal yang pasti akan dialami oleh semua orang. Sebenarnya rasa mengantuk tidak hanya terjadi pada saat kita berpuasa, ketika perut kita dalam keadaan kosong sementara pengambilan makanan belum juga ada, maka keadaan ini juga akan menyebabkan kita mengantuk.

Nabi Muhammad SAW bersabda, bahawa tidurnya orang berpuasa adalah ibadah, untuk itu kita sebenarnya tidak perlu cemas kita pada saat siang hari kita merasakan rasa kantuk yang sangat berat. Kerana, dengan tidur yang wajar di saat berpuasa kita masih mendapat pahala.


Persoalannya sekarang, apakah yang perlu dilakukan ketika kita sedang bekerja atau belajar? Kita perlu mengetahui punca dan cara mengatasinya.

Menurut kajian, mengantuk saat berpuasa umumnya berlaku akibat penurunan kadar gula darah ke otak sehingga menjejaskan prestasi otak. Apabila tenaga menipis, hati mengeluarkan glikogen dan memberi tenaga cadangan bagi tubuh agar tetap bekerja. Sebab, otak mengambil 60 peratus daripada pengambilan glukosa tubuh.

Apabila tenaga tambahan untuk keperluan aktiviti seharian mulai berkurang, badan akan lemas dan mengantuk. Ini biasanya berlaku pada siang hari atau boleh lebih cepat berlaku bagi yang tidak makan sahur. Penyebab lain adalah, badan kita mengalami kekurangan zat besi saat kita sahur. Oleh itu semasa kita sahur sebaiknya makanan yang baik adalah sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, kangkung, ikan bilis, kulit kayu manis dan aneka kekacang. Dengan jumlah zat besi yang banyak, maka akan cukup membantu tubuh untuk menyerap oksigen lebih banyak ke otak sehingga mengurangkan rasa mengantuk.

Allah SWT sudah menjanjikan, dengan berpuasa maka manusia itu akan mendapatkan ganjaran pahala yang banyak dan ganjaran lain yang akan menguntungkan manusia itu sendiri.

Doa menghilangkan mengantuk.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Pelbagai bahan bacaan.

You Might Also Like

4 comments

  1. Asalamualaikum, sukalah blogskin ni..ambil dr mana? loading ringan je dan kemas. Nanti ajar saya ok. :)

    Jemput singgah, http://studioous.blogspot.com/
    dan fbshop: facebook.com/nortacollection
    ada jubah, kasut, trendy tops dll.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...tQ NJihe.am, nnt singgah

    ReplyDelete
  3. prkongsian yg menarik ana..kalau tido ptg time puasa ni mmg sedap..hehe ..pahala pon kurang..huhu

    ReplyDelete
  4. hahaha..tido ckit2 dah laa...pastu main masak2 pulak kat dapur...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe