LEMAS DALAM FATAMORGANA

Wednesday, June 18, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Dunia ini penuh dengan ujian dan cabaran. Makin difikir makin rumit jadinya. Macam bijak pandai kata...Let's follow the flow...Let's go with the flow...Lupakan jer lah hasrat hati nak kawal semua perkara dari yang sekecil-kecil sampailah sebesar-besar. Sebagai contah, apa yang kita inginkan tak selalunya tercapai. Sebab apa? Sebabnya bukan kerana kita tak bersungguh-sungguh tetapi kita kena percaya satu perkara iaitu kejayaan dan kebahagiaan itu tidak datang dengan mudah tanpa ujian dan dugaan.



kadang-kadang kita tahu sesuatu keputusan itu salah tapi kita masih teruskan, sebab apa sebab kita nak sangat benda tu. Di akhirnya kita menyesal. Kita pun kata itulah yang dinamakan pengalaman. Tapi tahu kah kita setiap keputusan yang kita buat, kita yang akan menanggung risikonya. Kita buat juga walaupun akan mencalarkan banyak hati. Kenapa kita masih nak teruskan sedangkan kita berpeluang untuk berpatah balik. Relevan ke kata orang-orang tua..."tak elok berpatah balik". Apa salahnya berpatah balik demi untuk kebaikan. Mungkin masa tu, mata kita seolah-olah telah buta dari melihat kebenaran.
Adakah korang pernah diberi pilihan untuk memilih? Lantas jalan mana yang korang pilih? Hidup kita ni kalau asyik pentingkan diri, tak toleh kiri kanan, kita nak apa yang kita nak, pedulikan orang lain, sebenarnya kita insan kaku. Kita lupa makna dan tujuan kita hidup kat dunia ni. Kita nampak cuma satu lorong...lorong di mana kita hanya nampak sasaran kita, kita lupakan orang sekeliling kita. Kadang-kadang dalam hidup ni, banyak hati yang kena jaga. Kita perlu beralah. Beralah bukan bermakna kita kalah. Cuma masa untuk kita menang mungkin lambat sedikit saja. Cuba kita dapat apa yang kita nak dengan mudah, tak ada halangan, rasa-rasanya nikmat ke hidup ini??



Itulah, kadang-kadang walaupun kita berusaha bersungguh-sungguh tapi tak senang-senang juga. Walaupun orang sekeliling pakai kereta mewah, kita pula cuma biasa-biasa saja. Nikmat tu tetap akan kita rasa sebab kita usaha dengan titik peluh kita sendiri. Walaupun hasilnya sedikit, tapi kita bersyukur kerana kita sudah mencuba. Ramai orang yang tidak rasa nikmat berusaha. Sebagai contoh kita meniru dalam peperiksaan. Memanglah kita boleh lulus tetapi nikmat usaha itu tidak ada.



Macam sekarang, ramai yang sibuk mengumpul harta, duit dan sebagainya tapi jiwa terasa kosong.
Segolongan lagi, walaupun hidup sederhana tapi hati dia tenang dan bahagia. Semestinya ukuran sesebuah kebahagiaan bukan terletak pada kekayaan seseorang. Semuanya terpulang bagaimana dia membawa haluan hidup dia. Kaya atau miskin, terserah bagaimana kita memaknakan sesebuah kehidupan.




P/S: Life is better when you are happy. But life is at its best when other people are happy because of you. Be inspired and share your smile with everyone.

"Belajar Memaknai sebuah kehidupan"


Kredit Gambar: Google

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe