CARA MENENANGKAN DAN MENGATASI HATI YANG KECEWA

Monday, June 16, 2014

Assalamualaikum & salam petang Isnin.

Di sini Ana kongsikan dengan pembaca sekelian tip-tip bagaimana untuk mengubat duka dan rasa kecewa di hati. Sesungguhnya pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran anda. Di sini dikongsikan tips asas untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.



Petua Untuk Hati Yang Gundah Dan Kecewa

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada anaknya Siti Fatimah.

2. Berdoa - Mohonlah kepada Allah s.w.t. Ingatlah, doa adalah senjata bagi orang mukmin.

3. Sibukkan Diri dengan Sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca Al-Quran dan pelbagai bahan bacaan. Libatkan diri dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

4. Luahkan Perasaan - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya, menulis diari atau catatan harian dan sebagainya.

5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah di hadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

6. Solat Sunat Tahajjud - Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

7. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir - La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
- Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

8. Sentiasalah mengingati Allah - Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walau apa pun yang terjadi.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.



Manfaat Membaca Al Quran 


1. Al-Quran adalah ubat atau penawar bagi orang yang gelisah jiwanya.
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman" (QS. Yunus:57). 

2. Penghilang Penyakit Hati – “(Al-Quran) merupakan penawar (syifa) dan rahmat bagi mereka yang beriman” (QS. Al-Isra’: 82). 
A[-Quran adalah penawar) yang dapat menghilangkan syak (keraguan), nifak, penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati. Al-Quran juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat dan kebahagiaan.”


Kredit gambar

P/S: Mengubat kekecewaan itu umpama "Mencari sinar mentari di sebalik mendungnya awan".


Sumber: Pelbagai bahan.

s.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe