I LOVE U??

Saturday, June 21, 2014


Pagi-pagi ni kita bercakap tentang CINTA pula. Wah bukan main bersemangat lagi yea...hehehe.
Hahaha...bercakap macam Dr Cinta pula yea...

Kalau mengikut maksud, adakah falsafah cinta bermaksud hakikat cinta? Adakah ia bermaksud keindahan..atau pendirian tentang cinta?

Perkara pertama Falsafah Cinta adalah menyintai sesuatu walaupun tidak memilikinya. Cinta yang cuba dihuraikan di sini bermaksud keinginan atau ingin memiliki. Ia tidak menjadi syarat bahawa seseorang itu mesti memilikinya.

Kedua pula pemahaman, pengamalan moral, percambahan sudut pandangan dan sikap yang membawa kebahagiaan. Maksudnya di sini, hikmah Cinta itu merupakan suatu perkara yang membantu seseorang itu memahami apa itu Cinta dengan lebih mendalam sehingga ia benar-benar merasakan ketenangan.

Dari sudut istilahnya pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Faham tak?? hahaha.

Jadi...kesimpulannya...Cinta itu mesti ada makna serta tujuannya!!

Jangan terlalu erat memegang cinta
jika tidak mau terluka
dan
Jangan terlalu kau abaikan
Kerana Cinta Akan layu dan mati

"Begitu indah jika cinta menjadi jambatan atau jalan untuk dapat mencintai sang maha Cinta.
Cintailah orang yang anda cinta, tapi jangan pernah lupakan Tuhan dan orangtuamu.
Cintailah orang yang anda cinta.
Agar semakin besar cintamu padanya semakin dekat pula kau pada Tuhanmu,
semakin dekat pula kau pada orangtuamu.

Cinta yang sejati mengajarimu kebaikan, bukan melulu pada kebahagiaan sesaat.
Cinta yang sejati menunjukanmu jalan Syurga
Bukan sanggup menjerumuskanmu ke dalam siksa neraka."

Baru-baru ni Ana ada terbaca satu blog berkenaan Definisi Cinta. Agak menarik juga apa yang ingin dikongsikan. Jom kita baca dan jadikan iktibar.


Benarkah??
Tahu tak...!!! cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Ahhh...sudahhhh!!!

Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...penuhnya. ..takde tempat duduk."Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yang lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yang lain. Kemudian, datang pulak bas yang kedua.

Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sangat...mesti tak selesa. Dan maybe bas ni akan rosak kat tengah jalan. "Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang utk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.. Bas yang datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm....takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.

"Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba2 awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yang salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak nak. Walaupun yang datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau maybe bas tu tak terlalu sejuk uutuk awak? Jadi kesimpulannya, mengingini apa yang awak idamkan tu memang tak salah.

Tak salah juga kalau awak sanggup memberi satu peluang pada orang lain kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... .

Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang perlu dilakukan adalah BERJALAN!! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali awak mengejar, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri drpd cinta.


P/S: Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: "aku turut bahagia untukmu." 

Sumber: Pelbagai bahan. Kredit gambar.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe