SERUNDING OH SERUNDING

Sunday, June 29, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah...berjumpa kita lagi di sini, di petang puasa Ramadhan yang pertama. Dekat luar rumah hujan turun dengan lebatnya. Syukur...bumi yang panas hampir seminggu telahpun disirami hujan.

Agaknya hujan pun mengerti betapa kita kepanasan akibat mengacau serunding daging sejak dari pagi lagi...huhuhu. Dari tadi mengacau dan terus mengacau serunding ni dan sekarang hampir nak kering. Bukan sikit tau...agak2 dalam tiga kilo daging. Sebenarnya bila dah siap nanti, nak bagi kat Atok sikit, Kat Paksu sikit. Aishh!! kan kita digalakkan bersedekah di bulan yang mulia ni.

Nilah dia kita tunjukkan gambar serunding daging. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang digunakan yea.


Gambar ini diambil sewaktu serunding masih lagi panas berasap-asap...
Jangan tengok lama-lama...cover...cover...

Bahan-bahannya: 

1 kilo daging - direbus dan disiat halus
1 1/2 biji kelapa - ambil pati sahaja
1/2 biji kelapa - digoreng kekuningan
2 ketul gula melaka
Cili kisar - 15 tangkai - dikisar
Serai 2 batang - diketuk
Lengkuas 2 keping diketuk
1 inci halia - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
6 biji bawang besar - dihiris halus
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan rempah:

3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
* Kesemua bahan dikisar halus

Cara memasak:

Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis cili kisar sehingga berminyak, masukkan bawang, halia dan bawang putih.
Masukkan pula serai, lengkuas, gula melaka, daging, kelapa goreng dan juga daging.
Masukkan santan dan garam.
Kacau sehingga kering.



P/S: Sebenarnya Ana suka makan serunding ni dengan nasi panas tanpa lauk lain.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe