YANG MANA SATU KERETA PILIHAN ANDA??

Saturday, March 01, 2014

Assalamualaikum...Salam pagi Sabtu. Jom kita usha kereta-kereta ciptaan masa kini. Yang mana satu agaknya menjadi kereta pilihan korang?? Pilihan terletak di tangan anda. Tepuk dada tanya poket...kihkih...

Honda PUYO diaktifkan oleh sel bahan bakar hidrogen. Sebuah karya yang inovatif, dengan berbentuk kotak halus yang lembut dan memberikan ruang maksimum. Body yang seluruhnya hampir telus menjadikannya berpenampilan paling unik.


Hydrogen car00 (Gambar)Kereta Tanpa Minyak...Hanya Guna Air..Menakjubkan Bukan??
Kereta ini mampu meluncur laju dengan bahan bakar yang berasal dari air setelah melalui proses elektrolisis, yang mengarah ke sifar pembebasan. Aston Martin DBGT 2025 adalah salah satu reka bentuk kereta terbaik masa depan. Aston Martin tampak berkelas dan sangat menarik..


Syarikat Dari India Tata Motors telah mengeluarkan kenderaan mesra alam. Kereta ini hanya menggunakan motir udara bagi mengerakkan kenderaan ini. Ruang tempat duduk kereta ini hanya cukup 3 orang dewasa.
Kereta ini mengambil masa selama 1-5 minat untuk mengisi ruang udara di dalam kereta tersebut. Kelajuan kereta ini boleh mencecah 44 km/jam, dan anda boleh memandunya sehingga 136 kilometer.


"Hiriko" adalah perkataan daripada bahasa Basque bermaksud "bandar". Kereta Hiriko adalah salah satu kereta mesra alam yang dicipta di Basque, Sepanyol . Ia direka untuk digunakan khususnya dibandar. Hiriko mempunyai kelajuan maksimum 50 km/j. Selain itu, ia mempunyai autonomi 120 km dan kira-kira 15 minit masa diperlukan untuk mengecas baterinya.
Hiriko telah dilancarkan oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso dan Isa Echave di ibu pejabat Suruhanjaya Eropah (EU) di Brussels pada 24 Januari 2012.


Gibbs Humdinga II ialah kenderaan amfibia dua alam yang mampu bergerak diatas darat dan juga air. Ianya rekaan firma Gibbs Detroit dan direka untuk kegunaan ketenteraan dan bantuan kemanusiaan ketika bencana alam. Kenderaan ini mampu berubah dari sebuah trak menjadi bot dalam masa 10 saat. Sebuah enjin twin turbo V8 yang menghasilkan 350 kuasa kuda digunakan bagi memberikan prestasi tinggi. Looks cool.




SQUBA - Kereta 2 Alam. Yang ni Ana minat...

Kereta Solar - The Solar Ranger Project ciptaan undergraduate student organization dengan ahli2 dari pelbagai kolej dalam Universiti Tenaga Nasional.


 Kereta Berkuasakan Angin
Seorang petani di China yang berumur 55 tahun muncul dengan satu idea ciptaan yang mengagumkan yang mungkin dapat menjadikannya seorang jutawan. Kita selalu sangat dah ditunjukkan dengan kenderaan yang menggunakan bahan api altenatif dan mesra alam dengan alasan untuk penjimatan yang maksimum. Tetapi idea Tang Zhengping sangat menarik. Kereta berkuasakan angin. Ia direka hanya dalam masa tiga bulan sahaja dan berpotensi untuk mencapai kelajuan sehingga 140Kmj.


"Kereta Lembu merupakan kenderaan dua roda yang ditarik oleh lembu. Ia merupakan pengangkutan yang digunakan sejak masa silam lagi dikebanyakan tempat di dunia. Ia masih digunakan hari ini di mana kenderaan moden terlalu mahal atau infrasturktur tidak menyokong kereta.

Kereta lembu yang ditarik oleh seekor lembu atau lebih kebiasaannya digunakan bagi mengangkut barangan. Rangka kereta dipasang pada lembu penarik dengan menggunakan rantai khas yang diikat pada kayu gandar, tetapi tali sahaja mungkin juga digunakan bagi seekor atau dua lembu. Pemandu dan pengiring barangan akan duduk di hadapan, dan beban dimuatkan di belakang. Ishh..ishh.., kesian betul lembu tu...


Kereta Kuda - Dah jarang2 nampak dah kan. Kalau dapat naik rasa2 macam Cinderella plak...hahaha.


Sumber: Google.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe