PANTUN - GERIMIS RINDU (5)
Wednesday, December 31, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Nyiur gading dilitup awan
Gerimis datang tempias ke hulu
Bawalah berlari hati yang rawan
Agar laranya terpinggir lalu
Suara biduan sungguh merdu
Bermain gitar di hujung desa
Patah harapan terkulai layu
Menjeruk rasa sepanjang masa
Ana Solehah DI
Disember 2014
0 comments