PANTUN - BINTANG YANG RESAH (6)

Wednesday, December 31, 2014


Assalamualaikum & salam sejahtera.



Selamat datang 2015... Selamat tinggal 2014...
Ampunkan salah silap yang lalu yer rakan semua...

Harga minyak sudahpun turun, harga teh tarikk turun juga kaa??
Jangan-jangan air hujan jer yang turun... huhuhu






Kalau sejuk rasa di badan,

Berunggun api dengan mentari,

Apa dirajuk kepada bulan,

Bintang menyepi membawa diri.



Intan permata bersinar baiduri,

Terpaku memandang dalam tatapan,

Bintang bertakhta di muara hati,

Bercahayakan sayang, berkasihkan kerlipan.



Bulan tersenyum bintang pun malu,

Sedang awan ketawa resah,

Bukan mahuku melayang rindu,

Hati merawan jiwa gelisah.



Penyair sepi,
Ana Solehah DI
Disember 2014


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe