NERAKA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W. - PALING MENAKUTKAN & MENGERIKAN

Wednesday, November 19, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Nabi s.a.w. bersabda : Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Neraka Jahannam. 




Jawabnya : Ya, ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. 

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas.


Neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.


Nabi s.a.w. bertanya : Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami? 


Jawabnya : Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda. 





Tanya Rasulullah s.a.w. : Siapakah penduduk masing-masing pintu? 

Jawab Jibrail : 

Pintu pertama (paling bawah) - Tempat Orang-Orang Munafik, dan orang-orang yang Kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. 

Pintu kedua - Tempat Orang-Orang Musyrikin bernama Jahim. 

Pintu ketiga - Tempat Orang-Orang Shobi'in bernama Saqar. 

Pintu keempat - Tempat Iblis dan Pengikutnya dari Kaum Majusi bernama Ladha. 

Pintu kelima - Tempat Orang-Orang Yahudi bernama Huthomah. 

Pintu keenam - Tempat Orang-Orang Nasara bernama Sa'eir. 

Kemudian Jibrail diam,
segan pada Rasulullah s.a.w. Sehingga ditanya : 

Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh ? 

Jawabnya : Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat. Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar, 

Nabi s.a.w bersabda : 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam Neraka ? 

Jawabnya : Ya, iaitu orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu. 

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang, Baginda selalu menangis dan berdoa kepada Allah.





Pengajaran : Marilah kita semua bertaubat kepada Allah s.w.t. di atas segala maksiat hati, 
maksiat anggota badan dan maksiat iman yang telah kita lakukan. 
Sentiasa ingat bahawa sesungguhnya solat itu adalah perkara pertama yang akan ditanyakan oleh Allah s.w.t. Ingatlah bahawasanya jika solat kita cacat maka cacatlah hubungan kita dengan Allah s.w.t.
Jika solat itu cacat, jangan ditanya lagi mengapa kita mudah 
melakukan maksiat hati dan anggota badan dan sebagainya. 


Wallahua'alam...
Sekadar perkongsian, semoga bermanfaat.


Sumber: Bahan Bacaan.





You Might Also Like

6 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe