KU TULIS NAMAMU DI AWAN RINDU

Friday, November 28, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Ku Tulis Namamu Di Awan Rindu...


Di malam ini
ku intai rindu di celah awan 
tika bulan tersenyum di birai ombak
dan pantaipun membelai kaki kita dalam tenungan.


Di bulan ini
ku lukis rindu dalam sinar kaseh
biarpun di bulan ini kita pernah titis airmata
tentang sarat rindu yang kita kandung kata-kata.


malam ini, kurenung bulan di jendela kasehmu
ku selak awan biar berlalu di bawa bayu
kerana rinduku ada di hujung sana 
menantiku kembali mengucup bulan
masih setia menadah sepi biarpun dalam keasingan.


Rinduku.. kusyairkan rembulan di langit sepi
ku belai wajahmu, bersama jemari ini ku sapu airmatamu
lalu jemariku kau genggam kemas bersama kucupan suci
terasa bagai tiada sedebupun terpisah.


rinduku jangan tinggal daku
biarpun retak muka bulan penuh debu
biarlah hatiku di situ 
bersama bulan yang tersenyum
kerana kutahu intaimu tiada kelayuan
renunganmu tertitis penuh dalam kerinduan.




Penyair Sepi
with Musafir Cinta
Secangkir kopi pasta



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe