AKTIVITI PETANG - JODOH ITU MILIK KITA

Tuesday, November 25, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam petang selasa semua. Korang ingat aritu Ana ke pesta buku? 
Ini bukanlah hasil pancingan Ana kat situ...hahaha...THROWBACK - SINI.
Macamana apa?? Tak ingat dah pun, ramai sangat orang masa tu...
Just giler tengok buku, sana sini buku...best nyer kalau semua buku tu kita yang punye...

Buku lain yang Ana beli, bukan buku ni...ada dua tiga gitu...
Bukan tak nak beli banyak, agak-agaklah...huhuhu...
Korang nak suruh Ana makan buku yea...
Buku ni dah lama beli sebenarnye, awal tahun aritu...
Baru ni sempat baca, adik dah bawa pergi matrikulasi dia...
Baru ni bawa balik, baru ni Ana boleh baca...kejam ko adik...huhuhu




Ana kalau baca, suke sambil baring...
Walaupun telah diingatkan tak elok baca masa baring...
Tapi iye lah degil tahap tujuh petala langit kot, masih begitu-begitu juga...
Nasib baik katil dah kemas, kalau tak... ??
Dari Ana kecik sampailah kecik lagi sekarang ni...hehehe, kecik sokmo...
Habit yang satu tak boleh tinggal, baca sambil berangan...
Baca berangan...baca berangan... berangan baca... huhuhu... camane tu ??
Ikut suka koranglah nak fikir apa...


Yang ni takde kena mengena ngan buku ni hokeyy...hehehe


Sinopsis Novel Jodoh Itu Milik Kita - Sara Aisha
 Jodoh milik Ana mana pulak erk??...agagaga...hahaha...


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali...”

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagiaan yang bernama Dahlia itu...akan aku rampas sekejam mungkin!" - Syafiq

Hari perkahwinan yang sepatutnya indah buat Dahlia, menjadi kacau disebabkan pengantin lelaki sendiri, yang juga tunangnya, Syafiq nekad tidak hadir dalam majlis itu dan lari keluar negara mencari bekas kekasihnya, Alya. Demi menjaga nama baik keluarga Dahlia, Aariz Danial yang juga abang Syafiq, sanggup menggantikan tempat adiknya, untuk dinikahkan dengan Dahlia. Ya, perkahwinan itu terjadi tanpa adanya cinta, namun Aariz Danial bersedia menjadi suami Dahlia.

Relakah Aariz Danial melepaskan Dahlia walaupun dia mula sepenuh hati menyayangi isterinya itu? 
Syafiq ternyata umpama duri dalam daging yang berniat untuk memporak-porandakan hidup Aariz dan merampas Dahlia. Kenapa dia begitu membenci abangnya, Aariz Danial? 

Semuanya terjawab kalau korang beli dan baca seterusnya yea...
Selamat membaca!!




You Might Also Like

4 comments

  1. baca berangan pastu sengih sorang-sorang...hahaha..mungkin tu virus baca novel kot...sebab saya pun macam tu jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diceritakan bahawa hero2 kat novel semuanye kacak2 n kaye....hehehe, alahaiii....memang realiti nyer hidup tak seindah novel...

      Delete
  2. Replies
    1. Mekasih Cik Balqis...hilang gak larh tension kita petang baca novel tuu

      Delete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe