CERITA LARUT MALAM - INDAHNYA BAHASA PERAK
Saturday, November 08, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Tadi Ana keluar beli barang keperluan yang dah habis. Dekat jer, jalan kaki sampai...
Macam-macam yang Ana beli, stok makanan yang paling banyak...huhuhu...
Sedang duduk rehat, kejap lagi ingat nak tidur dah...
Sambil rehat Ana nak cerita sikit tentang bahasa perak...
Korang tentu pernah dengarkan...dialek perak seperti contoh di bawah ini...
Sejarah Loghat dan Dialek Negeri Perak
Dialek Negeri Perak - 5 jenis dialek iaitu ( dialek Utara, dialek Patani, dialek Lembah Sungai Perak, dialek Kepulauan Indonesia dan dialek Selatan Semenanjung.)
Perak utara (Kerian dan Larut Matang) - Bagan Serai, Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih kepada dialek Kedah.
Di bahagian Hulu Perak - Kroh, Grik dan Lenggong, banyak menggunakan dialek Patani.Dialeknya seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan.
Di daerah Kinta - Majoriti penduduk di sini datang dari kepulauan Indonesia seperti Rawa, Mandeling, Banjar dan banyak lagi.
Daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh - dialeknya lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor.
Perak Tengah - Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja, dialeknya agak berbeza iaitu Dialek Lembah Sungai Perak dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e' contohnya perkataan "tiga" disebut "tige". Dialek ini yang dikatakan yang asli.
Sumber rujukan: Malay Forums.
Sumber gambar: Google.
6 comments
Kpg kt perak tp mmg xreti ckp perak. Yg tau ate kome mike..hahaha
ReplyDeleteAna Perak lebih kepada dialek utara...'awat ampaa'...bio beno mike...hehehe
ReplyDeleteterbakar panggil bomba, terbako panggil aper??,, sayangi asal usul anda.
ReplyDeleteterbako panggil usop wilcha...hehehe
ReplyDeleteTok zumal orang Bagan Serai tapi guna dialek Perak tengah tau...
ReplyDeleteOyeke... hehehe
Delete