TIP-TIP MEMBAIK PULIH DIRI SECARA MENYELURUH

Friday, October 31, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Salam pagi Jumaat yang barakah kepada pembaca semua. 
Sudahkah kita berdoa hari ini?? Jangan putus berdoa kerana sesungguhnya "Senjata orang mukmin adalah DOA"




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "sesungguhnya tuhanmu yang maha suci lagi maha tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi olehNya akan permintaan itu". (riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)
Marilah kita membaik pulih diri kita mulai sekarang. Ini bertujuan supaya kita semakin rapat dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang. Di sini Ana kongsikan apa yang telah Ana baca sebagai panduan untuk korang semua.




Tip-tip untuk membaik pulih diri secara menyeluruh:



1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.


2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.


3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.


4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.


5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.


6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.


7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.


8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.


9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.


10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.


11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
i. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
ii. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
iii. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau
bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar,
baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah
hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.


12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.


13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.



P/S: Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari.

Sumber Motivasi: Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.



You Might Also Like

2 comments

  1. Terima kasih Ana, moga zumal boleh mengubah diri ke arah yang lebih baik. Insha Allah...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe