ALLAH RAHSIAKAN MASA DEPAN BERSEBAB

Tuesday, October 21, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik, merancang dengan baik, berusaha yang terbaik serta bersyukur dan bersabar..

Apa pun yang kita lakukan setiap saat dan detik dalam hidup kita, ingtlah bahawa semua itu adalah dari izin Nya jua..jika jatuh sakit sekali pun, jangan merungut menyalahkan takdir sebab Allah swt tak suka hambanya merungut bila Dia menghantar sesebuah ujian itu. Bersyukurlah sentiasa walau serendah mana pun hidup kerana Allah swt sentiasa di sisi kita. Dia tak pernah lupakan hambanya asalkan hamba tak lupa akan Dia dan menurut segala perintahnya.


Ada beberapa perkara yang dirahsiakan oleh Allah.

1. Kelahiran,
2. Turunnya Hujan,
3. Jantina anak awal kandungan,
4. Apa yang berlaku hari esok,
5. Bila, di mana dan bagaimana kamu mati.



Liciknya, halusnya tipu daya syaitan.




Mula-mula jauhkan kita dari majlis Ilmu.
Bila dah sampai di majlis ilmu, dia buat kita mengantuk.

Bila tak berjaya buat kita mengantuk, kita dah rasa sedap, seronok di majlis ilmu, dia bisik-bisikkan agar kita berbangga-bangga dengan ilmu yang dimiliki.

Sehingga niat kita di majlis ilmu datang untuk cari bahan kelakar, bahan menyindir orang lain, bahan nak membangga-banggakan diri.

Bila dah seronok di dalam majlis ilmu kerap hadir, dia kacau lagi, agar merendahkan orang yang tak ada ilmu, hina orang lain, anggap diri mulia dengan sebab dapat duduk dengan ulama'.

Post sana sini, agar orang tahu, "hebatnya aku".

Akhirnya, datang ke majlis ilmu hanya untuk sebagai penyedap halwa telinga, bukan untuk membetulkan kekurangan diri.

Semoga Allah lindungi kita dari bisikan tipu daya halus syaitan yang direjam.


~Wallahu A'alam~




You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe