KEK COKLAT PUDING KARAMEL

Friday, October 03, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kek coklat puding karamel ni dibuat petang tadi.


Bahan-Bahan [ loyang 8x8]

Bahan karamel:
4 sudu makan gula

Bahan Puding:
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu makn gula kastor
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh esen vanila

Bahan A
1 cawan gula pasir 
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
(Masak semua bahan atas api perlahan sehingga gula larut.
 Rehatkan sebentar)

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
(Ayak semua bahan)

Bahan C
4 biji telur - diblender


Cara-Cara:

Buat karamel dalam loyang 8x8. Gerakkan loyang supaya karamel sekata pada setiap permukaan. Biar keras dan ketepikan.
Untuk puding, campur semua bahan dan kacau dengan perlahan. Jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam adunan karamel tadi. Bakar secara '' water bath '' selama 20-25 minit atau sehingga puding beku pada suhu 150c.
Sementara puding masak, buat adunan kek.
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
Bila dah sebati, tapis adunan kek atas adunan puding yang dah beku tadi. Sambumg masak selama 1 jam 20 minit atau sehingga kek masak pada suhu 150c. Guna cara ''water bath'' juga untuk masak kek coklat tu.


Tips: Bagi yang tak faham water bath tu apa, boleh rujuk gambar ni...
Dalam loyang besar tu diisikan air...




You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe