LAWAK MALAM HARI
Saturday, October 04, 2014
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Malam ini setelah usai memasak di dapur...apa kata kita bercerita kisah-kisah lawak pendek pulak...
Semoga gembira selalu yea dan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini.
Cikgu: Bakar, awak ada berapa adik?
Bakar: tiga,
Cikgu: awak yg paling tua?
Bakar: tak cikgu, atuk saya.
Seorang budak baru pulang dari hari pertamanya di sekolah. Setibanya di rumah si ibu pun bertanya.
Ibu: "Endut, apa yang kamu belajar ari ni nak?"
Endut: "Tak cukup...esok kena pegi lagi."
Ayam Dimasak Bersama Kambing.
Masakan ini memang mudah untuk disediakan. Anda memerlukan seekor ayam (yang sudah disembelih) dan seekor kambing.
Untuk menyediakan masakan ini, pastikan semasa anda memasak ayam ini, kambing berada di sebelah anda. Maka, jadilah AYAM DIMASAK BERSAMA KAMBING. Mudah kan?
2 comments
haha. ayam masak bersama kambing. (T T)
ReplyDeleteitik masak ngan kambing belum lagi.. =D
ReplyDelete