RESEPI MEE BANDUNG MUAR

Saturday, May 14, 2016

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Hai!... apa khabar korang semua?
Dah makan ke belum? Ana nak cerita apa yang Ana makan malam ni.
Ana tersangat lapar, nak keluar beli malas pulak rasanya.
So, Ana dengan gigihnya mencari bahan dalam peti sejuk dan menjumpai sebungkus mee kuning.
Jadi, Ana terfikir nak masak mee kuah jer la...
Untuk pengetahuan korang, Ana selalu ikut resepi yang ini bila masak mee bandung.
Resepi ni Ana dapat dari mek google tau... hehehe...
Nama resepi ni adalah Mee Bandung Muar.
 So... orang-orang Muar sekalian, harap maaflah yer sebab malam ni Ana pinjam resepi korang... hahaha...
Jom kita lihat apa yang jadi di dapur Ana sama ada menjadi ke tidak resepi tuu...




RESEPI MEE BANDUNG MUAR


Mee Bandung Muar 
(resepi asli) Selalu ikut yang ni... 


Bahan Utama: 

1 kg Mee Kuning - dicelur & toskan

½ kg daging (topside) direbus (potong nipis - simpan 6 cawan air rebusan) 

Sebungkus fishcake 

3 sudu makan sos tiram 

6 sudu makan sos cili 

Sedikit gula 

Garam secukup rasa 

Minyak untuk menumis 


Bahan Kisar:

10 tangkai cili kering (rebus dgn sedikit minyak, toskan) 

5 biji bawang putih (diketuk) 

8 biji bawang merah 

½ cawan udang kering - digoreng dengan sedikit minyak


Sayuran:

Sawi 

Kobis 

Daun sup & daun bawang 


* Optional Telur ayam - direbus atau digoreng mata

* Ana telah gantikan daging dengan udang  


Cara memasak: 

1. Oleh kerana Ana guna udang menggantikan daging, jadi Ana guna 1/2 kilo udang dan dibersihkan.  

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 

3. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak sedikit. 

4. Masukkan sos tiram & sos cili. 

5. Masukkan daging & air rebusan atau masukkan udang bersama 6 cawan air. Biar mendidih sedikit. 

6. Masukkan fishcake, sawi, kobis, garam dan gula. Biar sehingga sedikit pekat. Tutup api.


Cara menghidang:
 
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan). 

2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras atau digoreng mata. 

3. Masukkan mee kuning untuk satu orang makan. 

4. Masukkan ke dalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang jika suka. 

5. Siap.


Selamat Mencuba!


You Might Also Like

2 comments

  1. Antara feveret saya ni... cuma lama juga tak pekena mee bandung muar ni... best! :)

    ReplyDelete
  2. senang dimasak dan sedap dimakan... :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe