MALAM NISFU SYAABAN - MALAM PENUH KEBERKATAN
Friday, May 20, 2016
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Pada Bulan Syaaban, terdapat malam yang agung dan penuh barokah iaitu Malam Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
Malam Nisfu Syaaban bertepatan tanggal 15 Syaaban 1437 H bersamaan tanggal 22 mei 2016 . Jadi jika ingin mengerjakan ibadah puasa Nisfu Syaaban ialah pada tanggal 23 Mei 2016.
Malam tersebut Allah ampunkan segala dosa orang-orang yang beristigfar, merahmati orang-orang yang meminta rahmat, mengabulkan permintaan dan hajat para hambaNya.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♡♡♡♡♡♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
Lailatul Mubarakah (malam keberkatan).
Lailatul Baraah (malam pelepasan).
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan).
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa).
Lailatul Syafaah (malam syafaat).
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.
Terbuka Pintu Langit
Pada Malam Nisfu Syaaban, pintu langit dan pintu rahmat akan dibuka dan Allah mengampunkan orang yang tidak mensyirikkanNya. Riwayat menyatakan pada Malam Nisfu Syaaban akan terbuka segala pintu langit.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♡♡♡♡♡♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada Malam Nisfu Syaaban ialah mereka yang:
Menyekutukan Allah dengan sesuatu.
Tukang sihir dan ahli nujum.
Derhaka terhadap ibubapa.
Peminum arak.
Penzina.
Pemakan riba.
Pembuat fitnah.
Suka bermusuhan.
Menipu dalam perniagaan.
Memutuskan tali silaturrahim.
Semoga Bermanfaat.
Sumber: Page Islamik.
1 comments
Thanks
ReplyDelete