PERMAINAN TRADISIONAL - CONGKAK

Saturday, May 17, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Masih ingat lagi tak dengan permainan congkak?? Kalau korang nak tahu, waktu kecil dulu Ana selalu gak main ngan adik-adik & kawan-kawan. Masa tu semua budak-budak kenal lagi dengan congkak ni tapi tak tahu lah budak-budak sekarang kenal lagi ke tak dengan permainan congkak ni... 
Kalau game internet atau apa-apa game dalam gadget tu dorang mesti kenal punya kan...hehehe. 


Kat sini Ana akan tunjukkan kat korang apa tu permainan congkak. Pagi tadi Ana main congkak ni boleh pulak kalah...ni mesti kena perhati betul-betul ni, ada yang main tipu ni...hahaha...Main pun sebab kena paksa...hahaha


Tengok kat rumah sebelah tu...penuh kan?? ni mesti main tipu nih..ni tak boleh jadi!!!

Asal usul congkak

Permainan congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM dijumpai di Jordan.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat biasa, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.


Contoh papan congkak yang cantik berukir - kredit gambar

Peraturan permainan tradisional Congkak

Pertama, dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di lubang masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah sendiri dan lubang lawan.

Kedua, gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam lubang kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di lubang sendiri. Pemain itu boleh menembak lubang lawan yang setentang lubang rumahnya iaitu mengaut kesemua buah di dalam lubang tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

Ketiga, pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam lubang sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana lubang sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Keempat, sekiranya tidak terdapat sebarang buah di lubang pemain sungguhpun giliran berada di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula lubang-lubang dengan buah congkak dan jika ada lubang-lubang yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Lubang ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

You Might Also Like

3 comments

  1. yang ni rare kot kalau ada lagi yg camni...skrg main congkat kat tepon je -___-''

    ReplyDelete
  2. mmg rare pun...rase balik ke zaman batu...hahaha

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, saya tag awak ya, http://pinkysweetyhearty.blogspot.com/2014/05/liebster-award-3.html

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe