AKTIVITI CUTI

Tuesday, May 13, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Korang buat apa cuti-cuti ni yer?? Daripada tidur tu, lebih baik buat aktiviti ysng sihat seperti jogging ke...kayuh basikal ke....kann....tapi Ana memilih berkebun ni haaa....
Walaupun kebun tak luas mana tapi cukup untuk mengeluarkan peluh kan....


Ni sebahagian yang dah siap...sebenarnya ada banyak lagi pasu-pasu tapi dah dipindahkan kat belakang rumah...


Ada separuh dari pokok-pokok tu dah dibuang memandangkan dah tak ade ruang, terlampau padat dalam pasu tu...


Ni pulak tak pasti nama dia tapi nampak tak pokok macam pokok kelapa tu?? Daun-daun di tepi tu dah dimakan serangga...


Yang ni pulak sebahagian pokok yang diletak di tempat teduh...pokok-pokok yang ni kata mak tak sesuai kena terlampau banyak cahaya matahari...jadi diletakkan di bawah bumbung...


Lapik pasu tu mesti dicuci 2-3 hari sekali, bukan apa takut jentik-jentik nyamuk bersarang kat situ...Kan kes demam denggi sekarang ni tengah hot...hahaha...jadi langkah keselamatan mesti dilakukan dengan memerangi nyamuk aedes...siap kau nyamuk...hehehe!!!


Susah gak penjagaan pokok-pokok ni tau...kena dibubuh baja dua minggu sekali, kalau tak, daun dia akan kekuningan dan layu...Bayangkan inilah antara rutin kerja mak, Ana ni cuma tolong sekali sekala jer mengikut kelapangan masa...


Perasan tak...kebanyakan pokok-pokok kat Rumah Ana ni semuanya pokok-pokok hijau kan...bukan apa bila pandang daun hijau ni , hati rasa sangat tenang...


Setelah dibubuh baja pokok, kenalah siram dia dan susun balik. Letih gak...lepas siap semua kena sapu mana-mana daun yang berselerak tu...tu tugas adik-adik pulak...hahaha!!! Bak kata pepatah...ringan sama dijinjing, berat sam dipikul...kann. Nanti next time kita tengok pulak pokok-pokok bunga ros yang baru Ana beli kat nursery bunga...nak pindahkan kat dalam pasu-pasu...sekarang ni masih duduk kat dalam beg-beg polisterin hitam tu...



Ni pokok bunga ros diletak atas meja...cantik tak??

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe