Ciri-ciri Suami Soleh

Sunday, February 17, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Seorang pakar sakit jiwa mengatakan: “Menghormati isteri termasuk di dalam soal yang amat penting kerana seorang isteri merasa dirinya lemah atau dipandang lemah. Pada umumnya, kaum wanita mengamalkan pelajaran yang buruk hingga melekat pada sifat-sifatnya, seperti suka berdusta, tidak boleh dipercayai, nifaq (lain di mulut, lain di hati) dan sebagainya. Apabila kita tanamkan rasa menghargai diri di dalam jiwanya, kita menghormati keperibadiannya dan kita jaga kehormatannya.


 Kita dapat memperkuat keperibadiannya dan membuatnya sanggup menghadapi gelombang dahsyat yang mungkin akan dihadapi selama perjalanan hidupnya. Dengan menanamkan kepercayaan kepada diri sendiri dan dengan penghargaan yang kita berikan itu, ia akan dapat mengatasi kelemahan jiwanya sehingga ia tidak mudah diperdaya dan tidak mudah tergelincir ke dalam perbuatan yang rendah dan sia-sia.”


Mentaati Allah dan Rasul dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.

Mendirikan rumah tangga semata-mata kerana Allah dan demi memenuhi tuntutan agama.

Melayani dan menasihati isteri dengan cara yang baik.

Menjaga hati dan perasaan isteri.

Sentiasa bertolak ansur dan selalu membantu isteri.

Tidak menyuruh sesuatu di luar kemampuan isteri.

Kuat kesabaran dan menghindari daripada menyakiti isteri, seperti memukul atau dengan perkara yang memudaratkan, yang tidak dibenarkan syariat.

Tidak mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.

Menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi sebagai ketua keluarga.

Memberi nafkah kepada ahli keluarganya dengan sedaya kemampuan.

Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.

Bertanggungjawab mendidik akhlak ahli keluarganya.

Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.

Memberikan kasih sayang dan berkorban demi kebahagian bersama.


Seorang lelaki datang menemui al-Hasan bin Ali r.a meminta nasihat dan bertanyakan tentang lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puterinya.


Ia berkata: “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki, dengan siapakah yang sebaiknya aku mengahwinkannya?” al-Hasan menjawab: “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, sebab kalau ia mencintai isterinya ia pasti menghormatinya, tetapi kalau tidak menyukainya ia pasti tidak akan berlaku zalim terhadapnya.”


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe