Anda Menghidap Diabetes

Sunday, February 17, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera.




Diabetis juga dikenali sebagai ‘ibu penyakit’. Ini kerana ia boleh mengakibatkan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, darah beku di kaki, kerosakan saraf dan buah pinggang, buta dan gangren kaki (membawa kepada pemotongan kaki). Diabetis biasanya idak menunjukkan simpton sehingga benar-benar serius


Apa itu Diabetis? 


- Sejenis penyakit dimana kandungan glukosa (gula) dalam darah sentiasa tinggi.

- Keadaan ini boleh merosakkan salur darah.

- Penghidap diabetis biasanya mempunyai paras lemak darah yang tidak normal dan tekanan darah tinggi.


Bagaimana Ia Berlaku?


- Badan kita menukar karbohidrat (nasi, roti, mee) kepada glukosa untuk digunakan sebagai tenaga dalam sel-sel kita.

-Penghidap diabetis jenis 2 biasanya mempunyai insulin (hormon yang membuka sel badan untuk membenarkan glukosa masuk) yang rosak atau tidak cukup.

-Apabila glukosa tidak dapat memasuki sel badan, ia terkumpul dalam darah.


Faktor Risiko Diabetis


- Sejarah diabetis dalam keluarga / genetik

- Terlebih berat badan / obesiti

- Kurang bersenam

- Tekanan darah tinggi

- Paras kolesterol darah yang tinggi

- Melahirkan bayi besar


Ujian Glukosa Darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun, orang dewasa berumur 35 tahun ke atas perlu mengambil ujian cucukan jari di klinik atau farmasi untuk memeriksa paras glukosa darah mereka. Seseorang disyaki menghidap diabetis sekiranya bacaan melebihi 11.1 mmol/L (2jm selepas makan). Anda perlu mengambil ujian darah lebih terperinc untuk memastikannya.


Lindungi Diri Dari Diabetis


- Amalkan diet yang seimbang dan pelbagai.

- Makan secara sederhana: jangan makan terlalu banyak atau sedikit.

- Lebihkan pengambilan serat dengan mangambil bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.

- Kurangkan pengambilan minyak, gula, garam dan lemak yang berlebihan.

- Tingkatkan aktiviti fizikal harian.

- Penurunan berat badan boleh mengurangkan risiko: kurangkan sekiranya berlebihan berat badan atau obesiti.


Anda digalakkan berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simpton lazim diabetis:


- Sentiasa dahaga dan lapar

- Selalu membuang air kecil

- Kehilangan berat badan secara mendadak

- Sentiasa letih


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe