PANTUN - MAKAN TENGAHARI (7)
Monday, February 09, 2015
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Dari pagi Ana tak makan apa-apa, ini saja untuk lunch??
Dorang ingat ini kat England ke hape??
Dorang ingat ini kat England ke hape??
Untuk makan lunch ni sahaja... memang tidak patut... huhuhu
Maunya dimakan dengan plastik-plastik nya sekali... hihuhihu
Dari pagi perutku ini diam baik tak berbunyi...
Haruslah mencari nasi lepas ni... (yang ni pantun dua kerat)
Meh belanja pantun sikit...
Jalan-jalan ke Batu Hampar,
Pakai baju cantik berseri;
Hidangan saya sudah terhampar,
Sudikanlah membasuh jari.
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
0 comments