MENU PETANG AHAD (BUBUR KACANG DURIAN)

Sunday, June 22, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari ni dapat request dari Atuk tersayang suruh masakkan bubur kacang. Atas tunjuk ajar ketua chef kat dapur ni, maka terhasillah bubur kacang durian yang super sedap lagi menjilat jari...hahaha, yea ke sampai gitu?? Rasanya dah terover pula dalam memperlihatkan keenakannya...
Jomm intai bahan-bahannya!!

BUBUR KACANG DENGAN ISI DURIAN


Bahan bahan:
1/2 kilo kacang hijau
2 ketul gula melaka/ 1 cawan gula perang
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
5 cawan santan
10 ulas sederhana isi durian
Air secukupnya
Sedikit garam
Sedikit sagu jika suka


Cara cara:
Kacang hijau dibersihkan. Kemudian direbus dengan air secukupnya hingga empuk. Masukkan pula gula melaka dan gula pasir dan daun pandan. Kacau sebentar sehingga gula larut. Masukkan santan, garam dan isi durian tadi. Kacau selalu dan tunggu sehingga kuah agak pekat dan boleh lah padamkan api.


Tips memasak:
Kacau kuah dengan api sederhana berterusan agar kuah tidak pecah minyak.



Selepas masak apalagi...tak sempat-sempat ada yang datang bawa mangkuk, mug dan sebagainya. Haishh...masa masak tadi, sorang pun tak nampak muka!! Memang sedap, makan pulak dengan roti gardenia atau biskut cream cracker...lagi lah bertambah-tambah kesedapannya.

You Might Also Like

2 comments

  1. Tak pernah makan lagi yang campur durian gini... Teringinnya ;)

    ReplyDelete
  2. sedapnya ada campur durian. nampak pekat dan menyelerakan

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe