Assalamualaikum untuk semua.
Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……
Ya Muhaimin …
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah …
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … In Shaa Allah..
Aku…?
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……
Ya Muhaimin …
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah …
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … In Shaa Allah..
Malam ni merupakan malam terakhir untuk tahun 2013. Mesti korang semua teringat kisah2 yang dah lepas...betul tak? Bagi Ana, tahun 2013 banyak meninggalkan kesan dan kenangan buat Ana. Tahun 2013 jugalah Ana kehilangan nenek tercinta pada usia 76 tahun. Bagi korang tentu ada peristiwa gembira atau sedih yang berlaku kan?
Esok..ya esok tahun baru bagi kalendar 2014. Ana tak buat azam masa ni...Ana ikut kalendar Hijrah...hahaha. Adik Ana macam2 azam yang dibuat. Sudahnya azam tinggal azam camtu jer. Tak penting kot tu semua, yang bagusnya niatkan dalam hati dan sentiasa berdoa agar tercapai apa yang diinginkan...betul tak?
Berbalik pada cerita burung ni tadi...Ana perasan Ana dah berbalik pada habit lama Ana iaitu menjadi burung hantu...kihkih. Korang tau per? Tidur lambat lagi lettew...bukan sengaja lambat tapi lebih kepada tak boleh tidur. Kawan Ana ada cakap yang ni bukan burung hantu tapi lebih kepada burung pungguk...hahaha. Burung pungguk pun pungguk la, janji tak kacau orang kan.
Kalau korang nak tau, Ana memang suka tenguk bulan, gambar bulan pun ok. Haa...dah memang sah burung pungguk. Best gitu...bulan oh bulan!! haha. Lagi satu lebih baik korang hati2 malam ni...sebab kalau korang tak tidur malam ni, korang hanya boleh tidur tahun depan. Tak percaya? Haa...cuba buat. Kalau korang boring tak pergi mane2 malam ni, meh sini Ana bacakan puisi. Jom layan....
Aku…?
duduk terdiam diteman sinar remang bulan yang tak bisa terang…
Aku menangis tersungkur bukan kerana lelah
Aku hilang arah..
masa terus berputar..
saat mata ini enggan terpejam
Aku…?
Ketenangan terusir oleh rasa pedih
Erat aku berpegang pada satu tali rapuh
tapi kenapa tangan ini semakin lemah untuk meraihnya….
Dalam sendu,
aku tahu kau berlagu….
apa lagi dalam tangis,
aku tahu kau terguris…
Dalam bising,
aku tahu kau runsing,
apa lagi dalam diam,
aku tahu kau kelam…
Puisi Rinduku
Dengan apa harus ku ertikan rinduku
Rinduku tak seperti pagi yang rindukan mentari,
Tak juga seperti malam yang rindukan rembulan
Rinduku tak hadirkan kepastian tentang perjumpaan….
Rindu menjadikan jarak semakin jauh,
Menjadikan waktu semakin panjang,
Menjadikan hitam semakin kelam
Hanya kepedihan yang terlahir
Semua berawal dari rindu yang tak terubati
Perpisahan…Kehilangan…
Semuanya menyatu menjadi kesedihan yang menghanyutkan,
Bermutasi menjadi rasa sakit…
semuanya kerana kerinduan yang pahit
Tak ada penantian dalam rinduku
kerana memang tak ada yang bisa ku nantikan
Kematian hanya janjikan perpisahan
bukan perjumpaan
Rindu…
Rasa ini semakin menjadi-jadi
Tatkala tabir rasa masa lalu kembali terungkap
Rasa ini akan abadi…
Seabadi bayang dirinya….
dalam hidupku..
aku tau betul mana yang indah
dan mana yang tak indah..
tapi untuk saat ini aku tidak tahu
apa yang kurasa..
indah dan tak indah sulit ku
bezakan..
sungguh aku bingung dengan
rasa ini..
seperti sedang menentukan
antara HIDUP DAN MATI..
entahlah apa yang telah kini aku
rasa..
tapi yang sangat aku rasakan
betul saat ini adalah..
mencuba melupakan seseorang
yang membuatku hampir
berubah..
dia terlalu lemah buat ku..
dia terlalu bisu buat ku..
lalu aku harus apa??..
apa aku harus bisu juga
sepertinya??..
aku rasa itu tidak mungkin..
aku takkan mungkin mau
mengenalnya lebih dalam lagi..
sungguh aku lelah kerananya..
dia terus selalu membisu..
untuk apa dia membisu??..
inilah yang membuat aku tidak
tahu apa yang kini kurasa??..
Angin kencang menambah
lukanya,
Saat bulan masih berbicara,
Awan mendung berarak
menambah gelap seluruhnya,
Saat bulan masih berbicara,
Petir memancar menerang
seketika kelilingnya,
Bintang hanya mampu terdiam
saat semua memulaukan,
Bintang hanya mampu sendu saat
bulan tak dipedulikan,
Bintang sedar diri nya amat kerdil
dan tak pernah diendahkan,
Namun ia sedar bulan itu juga lah
yang ia perlukan…
Kini bulan berhenti berbicara,
Malam yang kelam suram tanpa
gelapnya,
Bintang itu mengalirkan air suara
hatinya,
Buat semua terhenti terpaku
seketika,
Aku rindu bulan tatkala siang tak
lagi berubah buat selamanya….
Hasbi Allah fi kalbi...hasbi Allah fi kalbi....cukup la Allah di hati aku...
Kerana diam ini ingin memuliakan kesucian diri dan hatimu……
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu, Cukuplah mencintai mu dari jauh,
kerana hadirmu mungkin tidak akan mampu menjauhkannya dari cubaan yang hadir, kerana hadirmu mungkin hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan, kerana hadirmu jua mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga.
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…kerana tiada yang tahu rencana Tuhan… mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan… serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya, cukuplah Allah yang tahu, kerana di dalam diam aku mencintaimu..
“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)
Sumber: Pelbagai - Ada Ana tulis sendiri & ada dari sumber lain (dah lupa ambil kat mana).
Sumber: Pelbagai - Ada Ana tulis sendiri & ada dari sumber lain (dah lupa ambil kat mana).