RUTIN HARIAN DAN NASI GORENG RINTIHAN KALBU

Tuesday, May 05, 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Seronok membaca blog orang lain kalau ada masa terluang. Blog dorang sentiasa berupdate, berinformasi... tak macam blog kita ni haaa... memanjang tak ada idea apa nak distorykan.


Rutin harianku sangat padat terutama pada hari-hari bekerja... keluar, jalankan tanggungjawab, pastu balik rumah... malam sambung tugasan lagi... begitulah sampai bila-bila...


Bukannya taknak berubah, buat benda lain tapi dah begitu aturan kehidupan buat masa ini. Redha dan terima takdir seadanya.


Berdoa dan terus berdoa, itu sudah semestinya kan... Sebagai hamba Allah, kewajipan terpaksa didahulukan. Ikutkan perasaan malas semua benda taknak buat. Sampai nak masak pun malas tapi fikirkan balik nak keluar pergi beli makanan tapau bawa balik, aishh... lagilah malasss...


Masak sendirilah jawabnya walaupun simple janji senang disediakan dan sedap... hihihi...


Inilah sebenarnya nak tunjuk kat korang makan malam Ana pada pukul tujuh setengah petang. Tadaaa...



Nasi Goreng Rintihan Kalbu


"Aku ingin kau tahu, aku tidak mahu kehilangan mu.... Justeru aku ingin kau menyatu di dalam salur darahku.... menyatu di dalam tubuhku, di dalam ragaku....
Kupohon sayang.... singgahlah di pelabuhan terakhirmu.... iaitu perutku...."  weeeeee.... aummm.... aummm....


Nasi goreng pattaya sebenarnya ni tau... tapi yang ni spesial sikit.... hehehe, telur dia main letak jer kat atas nasi.... huuuhu...
Dah kuali nyer kecik sangat, tak dapat nak balut nasi dengan telur.


Sampai di sini dulu, Ana nak makan perut dah lapar.... tunggu next entry pulak yea.... In Shaa Allah....


You Might Also Like

3 comments

  1. hahahaha nak makan pun berpuisi Ana? selamat menjamu selera...

    ReplyDelete
  2. Setuju. Enjoy je baca blog blog yang selalu dikemaskini oleh pemiliknya. Best je baca. Hahah. Macam kelakar pula nama nasi goreng tu!

    ReplyDelete
  3. nasik gorreng pattaya.. hehe

    44 pemenang dicari!!!

    Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
    - Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
    - Kain Pelikat - 2 pemenang
    - Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
    - Pin Shawl - 2 pemenang
    - Blause - 1 pemenang
    - Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
    - Cash RM30 - 1 pemenang
    - Cash RM10 - 2 pemenang
    - Topup RM10 - 3 pemenang
    - PVC Keychain - 30 pemenang

    Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

    Jom terjah entry terkini "Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur"

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe