RESEPI PERUT AIR ASAM UTARA

Thursday, May 28, 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Agak-agak korang resepi apa yang patut dimasak bagi yang terasa malas macam Ana hari ni yea...
Nak resepi yang paling ringkas tapi sedap dimakan... huhuhu...

Inilah resepi yang nak dimasak hari ni iaitu perut air asam utara.

Resepi ni tak cerewet, cuma perut lembu saja yang perlu direbus lama sedikit.
Sambil tu bolehlah layan lagu kejap kan... hehehe...

Memandangkan bahannya sudah dibeli, jadi apa lagi ditunggu, jomm kita masak.
Mari cekidot bahan-bahannya...



Setengah kilo perut lembu dibersihkan, direbus sehingga lembut, toskan dan dihiris nipis memanjang.



Bahan iringan - 4 biji tomato masak dihiris nipis, 2 biji bawang besar dipotong halus dan 2 biji limau diambil airnya.



Tumbuk 15 tangkai cili padi, 4 biji cili merah dan sepotong belacan bakar.
Masukkan 2 sudu makan gula dan sedikit garam. Tumbuk pula hirisan buah tomato, tumbuk sekadar pecah-pecah saja jangan terlampau lumat.



Masukkan potongan perut ke dalam bekas, masukkan bahan tumbuk tadi dan perahkan air asam jawa.
Gaul rata dan bolehlah dimakan.



P/S: Perut air asam ini sedap dimakan dengan nasi panas. Selamat mencuba yea...

You Might Also Like

3 comments

  1. memang sedap lah AS.. :) kak ana selalu makan juga tapi sebelah pantai timur, lebih kurang je kak ana tengok resepinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ni kak... hehehe, nasib mak mertua takde lagi... :)

      Delete
    2. Sedap ni kak... hehehe, nasib mak mertua takde lagi... :)

      Delete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe