PUISIKU

Thursday, March 20, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.





Jika ku tak bangun esok pagi
jagalah dirimu kekasihku
senantiasa ingatkan hati
kerana aku sangat mencintaimu

andai dihimpit kesusahan
sujud dan mohonlah pada Tuhan
agar selalu diberikan bimbingan
meniti hidup tanpaku.

bila terasa sejuk
pejamkan mata
bayangkan dalam dakapanku
bila terasa rindu
pejamkan mata
kita bersua dalam mimpi dan angan

jika ada yang sudi untuk mengganti
lepaskanlah aku untuk pergi
kerana insan seistimewamu
berhak untuk dicintai dalam hidup ini

kekasih
tiada yang kekal dalam hidup ini
namun yang pasti
walaupun ku tiada nanti
ku harap kau tak akan lupa
mengirimkan doa untukku
kita jumpa lagi di sana nanti
jika ku tak bangun esok pagi



You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe