Pelindung Matahari & Penghalang Matahari
Tuesday, March 04, 2014
Assalamualaikum w.b.t.
Hari yang panas memang tak sah kalau tak cerita pasal panas kan. Buat yang masih aktif di padang tu, hati-hati, minum air banyak-banyak dan kalau boleh kurangkan aktiviti di padang. Adik Ana ni atlit sekolah, jadi kena lah sapu per yang patut untuk menghalang cahaya matahari dari membakar kulit. Meh kita baca panduan seterusnya.
Apakah pelindung matahari dan penghalang matahari?
Hari yang panas memang tak sah kalau tak cerita pasal panas kan. Buat yang masih aktif di padang tu, hati-hati, minum air banyak-banyak dan kalau boleh kurangkan aktiviti di padang. Adik Ana ni atlit sekolah, jadi kena lah sapu per yang patut untuk menghalang cahaya matahari dari membakar kulit. Meh kita baca panduan seterusnya.
Apakah pelindung matahari dan penghalang matahari?
Losen pelindung dan penghalang matahari mengandungi satu atau lebih bahan kimia pelindung yang boleh menyerap, memantul atau menyelerakkan cahaya ultraungu
Sun Protection Factor (SPF) merujuk kepada jumlah perlindungan spesifik yang tersedia oleh sesebuah produk pelindung matahari.Sebagai contoh, sekiranya bacaan SPF adalah 15, ia bermaksud bahan pelindung matahari tersebut dapat melindungi anda dari pancaran matahari 15 kali lebih lama berbanding sekiranya tanpa sebarang bahan pelindung matahari.
Penggunaan pelindung matahari adalah disarankan bagi kebanyakan aktiviti luar. Bahan ini terdapat dalam banyak bentuk seperti losen, gel, semburan atau 'lip balm' dengan pelbagai SPF.
'Tips' untuk membeli penghalang matahari
Cari bahan pelindung yang memberi perlindungan jalur lebar sinaran Utraviolet A dan B. Pelindung yang mengandungi bahan pemantul seperti titanium dioksida dan zink oksida merupakan penyediaan yang memberikan perlindungan terbaik.
Bagi pengguna yang kuat berpeluh atau terlibat dengan sukan air atau acara renang, produk kalis air merupakan pilihan terbaik.
Bagaimana dan bila menggunakan pelindung matahari?
Goncang botol losen sebelum digunakan.
Sapukan pada permukaan kulit yang kering dan bersih, 20 minit ke 1 jam sebelum pendedahan pada matahari.
Tunggu sehingga losen pelindung kering sebelum mengenakan pakaian.
Sapu semula bahan pelindung setiap 2-3 jam bila berada di luar terutamanya ketika berpeluh atau melakukan aktiviti air.
Jangan terdedah pada matahari melangkaui tempoh yang dibenarkan SPF bahan pelindung.
Pastikan penggunaan losen yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 30 gram atau satu genggam penuh bahan pelindung perlu digunakan untuk perlindungan optimum kepada permukaan kulit yang terdedah.
Gunakan losen pelindung matahari walaupun ketika hari mendung
Panduan membeli persediaan pelindung matahari
Sumber: Bacaan Harian.
3 comments
Akak guna sunblock je,tu pun jarang2..hehe
ReplyDeleteHeh. tak pernah pakai sunblock.. redah aje.. hihi.. tu yang kalo gi pantai abis tanned kulit.. hihi :D
ReplyDeletepakai bila perlu jea akak atien, ana pun jarang2 guna Ryna...tanned kan cantik..hehehe
ReplyDelete